Trending

Sarawak komited bangunkan rangkaian jalan raya

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Rangkaian jalan raya amat ditekan oleh Kerajaan Sarawak dalam tempoh dua tahun lalu dengan pembinaan projek jambatan mega untuk pembangunan ekonomi secara keseluruhannya.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kewujudan rangkaian jalan raya yang baik akan memudahan pergerakan barangan dan orang ramai dari satu tempat ke tempat lain.

“Kepentingan rangkaian jalan raya yang baik tidak boleh tidak ditekankan dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi.

“Tanpa infrastruktur jalan raya yang baik, kita tidak boleh mengharapkan pergerakan barangan dan orang ramai dari satu tempat ke tempat lain dengan mudah,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Hari Krismas hari ini dan Tahun Baharu 2020.

Menurut Abang Johari, beberapa projek jambatan mega telah dilancarkan tahun ini yang merentasi sungai-sungai utama untuk menyambungkan rangkaian terputus dalam sistem rangkaian ke seluruh Sarawak.

“Apabila semua jambatan ini siap kelak, perjalanan dari Sematan ke Miri, Limbang dan Lawas akan menjadi lebih mudah.

“Rangkaian jalan raya yang baik adalah pra syarat kepada ekonomi yang kukuh,” ujarnya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru