ARTIKEL

Awang Tengah (tengah), Xing Weiping (tiga kanan), Mohammad Medan (dua kiri) serta tetamu kehormat lain memotong kek sebagai simbolik meraikan hubungan diplomatik ke-50 antara Malaysia dan China sempena Malaysia-China Summit 2024 : Siri Penglibatan Jaringan Kerjasama Di Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Sarawak komited bekerjasama dengan China ke arah pembangunan lebih mampan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak komited untuk bekerjasama dengan China ke arah pembangunan yang lebih mampan dalam pelbagai bidang seperti ekonomi digital, tenaga boleh diperbaharui, bandar pintar dan inovasi teknologi.

Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata ia bagi mencapai wawasan menjadi wilayah yang maju dan berpendapatan tinggi yang didorong oleh data dan inovasi pada 2030.

“Kerjasama ini membuka jalan ke arah masa depan yang lebih hijau dan lebih berdaya tahan serta meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

“Kami berharap hubungan dua hala terus berkembang lebih kukuh, yang menjadi salah satu kuasa penggerak utama untuk pertumbuhan dan kemakmuran yang mampan,” katanya ketika berucap sempena Malaysia-China Summit 2024 : Siri Penglibatan Jaringan Kerjasama Di Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Menurut Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, pelaburan dari China mempunyai kesan yang besar ke atas pertumbuhan dan pembangunan ekonomi di rantau ini.

Katanya setakat ini, China melabur lebih RM19.4 bilion terutama dalam projek pembuatan solar, keluli dan berasaskan kayu di Sarawak yang mewujudkan lebih 10,000 pekerjaan untuk penduduk tempatan dan memacu ekonomi tempatan.

“Hubungan ekonomi kami dengan China didorong oleh perdagangan yang kukuh, pelaburan dan projek kerjasama merentas sektor.

“Pada 2023, eksport Sarawak ke China seperti gas asli cecair, minyak makan dan logam asas bernilai RM18.8 bilion, manakala import seperti jentera, barangan perkilangan dan produk pengguna berjumlah RM9.9 bilion,” katanya.

Beliau menambah kerjasama ekonomi antara China dan Sarawak turut berkembang dengan penglibatan China dalam pembangunan tenaga hidro iaitu Bakun, Murum dan Baleh, yang menyokong matlamat Sarawak untuk menjadi kuasa besar ASEAN.

Justeru, Awang Tengah berkata sistem ART merupakan satu lagi projek kerjasama antara Sarawak dan China, yang membawa kepada satu langkah penting untuk meletakkan Sarawak sebagai peneraju untuk menerima pakai mobiliti hijau yang canggih.

BERITA LAIN

Dua saspek curi motosikal berjaya dicekup

MIRI: Seorang lelaki tempatan dan warganegara Indonesia yang terlibat dalam kes curi motosikal berjaya ditangkap oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)

Tujuh lelaki ditangkap terlibat sabung ayam

MIRI: Tujuh lelaki berjaya ditangkap dalam serbuan sabung ayam di kawasan Kampung Bersatu, di sini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga

BERITA TERBARU

Juruteknik mengaku tidak bersalah pukul isteri

PORT DICKSON: Seorang juruteknik yang rakaman video perbuatan dia memukul isterinya menjadi tular di media sosial bulan lepas, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari

Dua saspek curi motosikal berjaya dicekup

MIRI: Seorang lelaki tempatan dan warganegara Indonesia yang terlibat dalam kes curi motosikal berjaya ditangkap oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)