ARTIKEL

Sarawak komited eksport bekalan elektrik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) komited untuk terus mengeksport bekalan elektrik, ke arah masa depan tenaga yang mampan.

Justeru, Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti Datuk Ir. Alice Jawan Empaling berkata, syarikat akan berusaha membina lebih banyak perkongsian rentas sempadan berhubung perkara itu.

“Faktor yang paling penting adalah kepercayaan, penghormatan bersama dan hubungan yang erat. “Nilai-nilai tertentu ini akan membawa perpaduan dan perkembangan matang ke arah masa depan tenaga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat sempena Forum Tenaga Boleh Diperbaharui dan Bersepadu (Saref) anjuran SEB di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Menurut Alice, SEB kini mengeksport elektrik ke Kalimantan Barat sekali gus merekodkan kejayaan syarikat dalam mengeksport tenaga.

Sementara itu, beliau berharap Saref dapat memberi wawasan baharu kepada pengurusan tenaga boleh diperbaharui. Katanya ini secara tidak langsung mempromosi kemampanan dan pertumbuhan ekonomi di peringkat Asean dan global dalam mencapai fleksibiliti tenaga hidro.

“Kita juga belajar bagaimana membangun dan berkongsi tenaga boleh diperbaharui melalui saling hubungan dengan mengurangkan pelepasan karbon dan pertumbuhan katalis,” katanya.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat