Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Sarawak komited menjadi pusat kuasa tenaga di Asia Tenggara menjelang 2030

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Julaihi (kanan) dan Datuk Gerawat Gala meneliti isi kandungan ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan DUN, hari ini. (Alif Noni)

KUCHING: Sarawak menjadi penyedia utama bekalan elektrik apabila negeri ini telah membekalkan elektrik ke negara jiran, Kalimantan dan akan membekalkan elektrik ke negeri Sabah pada tahun 2024.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi berkata, ia selaras dengan aspirasi Sarawak untuk menjadi pusat kuasa tenaga di Asia Tenggara menjelang 2030 serta mengurangkan risiko melalui kepelbagaian portfolio pasaran (market portfolio diversification).

Sejak tahun 2016 kata Julaihi, Kementerian ini melalui Sarawak Energy telah pun membekalkan elektrik ke Kalimantan dan purata permintaan bekalan elektrik sehingga September lalu adalah 89.6 megawatt (MW).

“Jumlah tenaga yang dieksport ini hanya merupakan dua peratus sahaja daripada kapasiti sedia ada yang berjumlah 5,996 MW,” katanya.

Adun Sebuyau itu mendedahkan, bagi penggunaan elektrik di Sarawak, ia sekarang adalah berjumlah 4,398MW.

“Ini bermakna kita masih mempunyai baki sebanyak 1,478MW yang mencukupi untuk kegunaan dan keperluan dalam negeri, termasuk penyambungan di bawah Skim ALAF (Additional Late Applicant Fund) yang sedang dan masih dilaksanakan sekarang.

“Tarif yang dikenakan ke atas tenaga yang dieksport ini adalah lebih tinggi daripada tarif kegunaan tempatan,” jelasnya pada sesi penggulungan kementeriannya pada Persidangan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai pembekalan elektrik ke Sabah pula, beliau berkata bekalan elektrik ke Sabah masih lagi dalam peringkat rundingan komersial.

Ujarnya, Sarawak akan membekalkan sebanyak 30MW kepada Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) dan pembekalan elektrik ini disasarkan pada tahun 2024 bergantung kepada siapnya projek Northern Grid Extension.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News