ARTIKEL

Abang Johari (dua kanan) melakukan acara simbolik bagi Perasmian SMeC sempena HAWANA 2024 sambil disaksikan (dari kanan) oleh Asfia, Abdullah, Fahmi, Chun Wai dan Chang Kee. - Foto: Ramidi Subari

Sarawak komited sokong profesion media yang dinamik, inklusif dan beretika

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak komited untuk menyokong profesion media, memupuk inovasi dan mempromosikan literasi media bagi memastikan landskap media di Sarawak kekal dinamik, inklusif dan beretika.

Timbalan Menteri (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Ukas), Datuk Abdullah Saidol, berkata menerusi perkongsian strategik, pelaburan dalam infrastruktur digital dan inisiatif pembinaan kapasiti, negeri ini berhasrat untuk memanfaatkan sepenuhnya potensi media digital bagi faedah masyarakat dan ekonomi Sarawak.

“Matlamat kami bukan hanya untuk menyesuaikan diri dengan era digital tetapi untuk berkembang maju di dalamnya, memanfaatkan teknologi untuk menceritakan kisah kami, memelihara warisan kami dan memacu pembangunan mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Media Sarawak (SMeC) sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024, yang disempurnakan oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini, hari ini.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Menteri Komunikasi Malaysia, Fahmi Fadzil, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Seri Julaihi Narawi, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datuk Hii Chang Kee, dan Pengerusi BERNAMA, Datuk Seri Wong Chun Wai.

Abdullah menambah, penyertaan aktif dan penglibatan dengan media adalah penting bagi merealisasikan agenda ekonomi digital Kerajaan Sarawak sekali gus mengurangkan jurang maklumat antara rakyat dengan kerajaan.

Beliau berkata, memandangkan proses pendemokrasian politik semakin berkembang, terdapat keazaman baharu untuk meningkatkan penglibatan awam dalam rangka program pembangunan.

“Ia adalah ciri yang menentukan penyertaan komunikasi, perubahan sosial dan ekonomi sedang mengubah masyarakat luar bandar.

“Bagaimana masyarakat bertindak balas dan menangani perubahan ini bukan sahaja bergantung kepada prestasi ekonomi, penyampaian perkhidmatan dan penyelenggaraan infrastruktur dan utiliti.

“Ia juga bergantung kepada penduduk tempatan dalam menggunakan sumber dengan cara baharu, bekerjasama, menambah baik rangkaian, menggerakkan kemahiran sedia ada dan melaksanakan idea inovatif,” katanya.

Abdullah berkata keterbukaan ruang untuk komunikasi antara rakyat dengan kerajaan mengenai perkara yang berkaitan dengan pembangunan sosial dan ekonomi, terutamanya pengurangan kemiskinan, menjadi sebahagian daripada kehidupan politik dan budaya beberapa negara membangun.

BERITA LAIN

Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar

BERLIN, Jerman: Dua lelaki tiba-tiba rebah semalamselepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui, lapor agensi berita Jerman (dpa). Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual

BERITA TERBARU

Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar

BERLIN, Jerman: Dua lelaki tiba-tiba rebah semalamselepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui, lapor agensi berita Jerman (dpa). Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual