ARTIKEL

Sarawak kuatkuasa dasar kabotaj untuk semua kapal di mana-mana pelabuhan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak bakal melaksanakan semula dasar kabotaj untuk semua kapal yang mengangkut kargo dari mana-mana pelabuhan di negeri ini berkuat kuasa Sabtu, 1 Jun ini.

Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan berkata, pihaknya telah membatalkan pengecualian kabotaj bagi semua kapal yang yang mengangkut kargo dari mang-mana pelabuhan di Sarawak ke pelabuhan di Semenanjung, Labuan dan Sabah serta sebaliknya.

“Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah menandatangani satu warta untuk tujuan berkenaan bagi menggalakkan pelaburan atas permintaan Kerajaan Sarawak.

“Warta tersebut akan berkuat kuasa pada 1 Jun 2024,” kata kenyataan itu, hari ini.

Dalam pada itu, kementerian tersebut memberitahu berkuat kuasa pada tarikh yang sama, semua kapal pemasangan kabel terlibat dalam pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikan kabel telekomunikasi bawah laut yang mendarat di mana-mana pusat pendaratan kabel bawah laut di perairan Malaysia dikecualikan daripada dasar kabotaj bermula 1 Jun ini.

“Pengecualian itu dibuat di bawah Seksyen 65U Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 seperti yang termaktub di bawah subseksyen 65KA(1) Ordinan.

“Ia ditandatangani Loke dalam satu warta yang bertujuan untuk menggalakkan pelaburan dalam infrastruktur teknologi internet di Malaysia,” ujarnya.

Pendekatan itu susulan katanya, syarikat teknologi Malaysia dan antarabangsa telah menyuarakan keperluan agar kerajaan mewujudkan rangka kawal selia progresif yang boleh menggalakkan lebih banyak pelaburan dalam sektor teknologi sejak tahun 2020 lagi.

“Sehubungan itu, Kerajaan Perpaduan komited dalam memacu pembangunan infrastruktur digital negara,” tambahnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU