ARTIKEL

RAKAM KENANGAN… Dr Siti (dua kiri) merakam kenangan bersama Abang Johari (tengah) di Wisma Bapa Malaysia, di sini hari ini.

Sarawak mahu 10,000 tenaga mahir bidang teknologi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lembaga Teknologi Malaysia (MBOT) berhasrat untuk membantu Sarawak melahirkan 10,000 tenaga mahir dalam bidang teknologi bagi meningkatkan pembangunan bakat di negeri ini.

Presiden Lembaga Teknologi Malaysia (MBOT) Profesor Datuk Ts Ir Dr Siti Hamsiah Tapsir berkata, usaha itu dapat direalisasikan dengan komitmen pihaknya menjalinkan kerjasama pelbagai pihak yang berkaitan.

“Antaranya adalah Jabatan Kerja Raya (JKR) serta kolaborasi bersama Persatuan Juruteknik Profesional dan Juruteknologi (APTT) dan Persatuan Teknologi Malaysia (TAM),” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, di sini hari ini.

Menurut Dr Siti lagi, pelbagai usaha turut dijalankan seperti meningkatkan kemahiran tenaga kerja sedia ada ke peringkat lebih tinggi sekali gus memberi fokus kepada graduan lepasan universiti.

Jelasnya, MBOT juga menyediakan kursus bersesuaian; latihan dan membantu universiti mewujudkan program yang relevan terutamanya program perantis berkaitan dalam bidang teknologi ketika ini.

“Saya juga melihat potensi besar Sarawak sehingga mendahului negeri-negeri lain menerusi tenaga boleh diperbaharui seperti bidang sains komputer; teknologi maklumat; kecerdasan buatan (AI); sektor penerbangan, elektrikal dan elektronik; minyak dan gas serta bahan api bio yang perlu terus diketengahkan.

“Malah sebagai badan profesional, MBOT mengiktiraf dan mengenal pasti bakat dalam bidang yang tertentu melibatkan 24 bidang kesemuanya untuk dikuasai.

“Disebabkan Sarawak bergiat maju dalam pembangunan teknologi seperti hidrogen, penggunaan bahan api hidrogen oleh pengangkutan awam; Projek Sistem Aliran Transit Automasi (ART), kita akan terus menyokong usaha tersebut dalam mengembangkan kelebihan ini,” katanya.

Hadir sama, Pendaftar MBOT Dr Md Fauzi Md Ismail dan Timbalan Pengarah (Sektor Infrastruktur) Jabatan Kerja Raya Dr Ir Ts Cassidy Morris.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU