ARTIKEL

Kredit: Foto FB Jabatan Penerangan Sarawak

Sarawak mahu jadi pengeksport beras

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan mendukung dan berganding bahu dalam menjayakan azam Sarawak untuk menjadi pengeksport beras di negara ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu yakin, kesungguhan yang ditunjukkan Kerajaan Sarawak dalam perkara tersebut akan menjadikan Sarawak sebagai jelapang padi kedua selepas Kedah.

Dari sudut perkongsian teknologi, KPKM sedia memberikan kerjasama di peringkat universiti, penyelidikan serta dalam hal-hal berkaitan sistem saliran kepada Kerajaan Sarawak dalam usaha menyokong hasrat tersebut.

Sistem saliran adalah penting bagi sawah padi dan penanaman padi untuk dua hingga lima musim memerlukan perbelanjaan yang besar.

Kerajaan Persekutuan dan Negeri perlu berkongsi tanggungjawab ini, ujarnya ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, di sini hari ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU