ARTIKEL

Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama pelajar terbaik Firdaus Hadi Suhaimi dan Ellya Emelda Rochellow Ajon sambil ditemani anggota keluarga masing-masing

Sarawak mahu lahir lebih ramai pencipta kerja

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Siswazah tidak semestinya hanya menumpu untuk mencari kerja, sebaliknya menjadi pencipta peluang pekerjaan seperti yang dihasratkan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Negara.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ledakan pembangunan menjadikan ruang serta peluang bagi mengisi kekosongan di pasaran kerjaya semakin kompetitif.

Malah katanya, diploma bukan jaminan kepada siswazah untuk tawaran pekerjaan yang menepati bidang.

“Saya juga percaya sekiranya pada masa kini kita amat menitikberatkan bidang peniagaan dalam menjadikan graduan pencipta pekerjaan atau pencipta kerjaya yang mampu menjana pendapatan sendiri.

“Maka, tidak mustahil di masa akan datang kerajaan dan sistem pendidikan kita akan memberi lebih fokus dan pendedahan kepada bidang pelaburan dan celik kewangan sebagai ‘game changer’ dalam mengurangkan kadar pengangguran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan majlis Konvokesyen Komemoratif Politeknik Metro Betong, hari ini.

Menurut Uggah, ilmu celik kewangan amat penting dalam membantu para siswazah merancang dan mengurus kewangan, di samping berperanan sebagai penjana pendapatan utama mahupun sampingan.

“Pendekatan dan dasar ekonomi digital Sarawak tidak hanya tertumpu di kawasan bandar, sebaliknya pelbagai usaha juga dijalankan untuk mengembangkannya ke luar bandar bagi memastikan tiada yang ketinggalan,” tambahnya

Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyampaikan sijil kepada pelajar sambil diperhatikan, Pengarah Polytechnik Metro Betong, Suhaili Aleh

BERITA LAIN

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Tawan Bung Muan pada Hari Sarawak

BAU: Tidak mensia-siakan cuti umum sempena sambutan Hari Sarawak ke-61 hari ini, kira-kira 500 penduduk dari sekitar daerah ini mengambil peluang mencabar diri ‘menawan’ puncak

Pendapatan isi rumah di Sarawak RM4,978

BINTULU: Kerajaan Sarawak kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan lagi penengah pendapatan isi rumah di negeri itu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sarawak hanya mahu hak yang sedia ada

BINTULU: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa Sarawak tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana entiti nasional seperti yang cuba ditularkan oleh

BERITA TERBARU

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.