ARTIKEL

Datuk Bandar Wee Hong Seng melihat hasil anyaman menggunakan daun kelapa pada Festival PKS Borneo yang pertama. Turut kelihatan Konsul Jeneral Indonesia di Kuching Raden Sigit Witjaksono.

Sarawak mahu perkukuhan lagi hubungan bilateral dengan Indonesia.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sarawak mahu memperkukuhkan lagi hubungan bilateral bersama negara Indonesia dalam pelbagai aspek.

Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng berkata, ini kerana kepulauan Borneo muncul sebagai pusat tumpuan penting untuk nasional, serantau dan antarabangsa terutamanya dengan pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan.

Justeru katanya, langkah monemental tersebut bukan sahaja memerlukan pelaburan modal yang besar untuk pembangunan fizikal tetapi juga merangkumi naratif kemampanan, inovasi dan transformasi ekonomi.

“Menyedari keperluan modal yang besar untuk pembangunan ibu kota baharu dan projek mega lain di Borneo, penubuhan Majlis Ekonomi Borneo pada 2023 menggariskan kepentingan pendekatan yang dipacu untuk rakyat terhadap pembangunan.

“Adalah penting bahawa kemajuan di rantau Borneo memberi manfaat kepada semua penduduknya, memastikan pertumbuhan inklusif dan mampan,” katanya berucap pada Festival Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) Borneo yang pertama di Konsulat Jeneral Indonesia di Kuching, di sini hari ini.

Turut hadir Konsul Jeneral Indonesia di Kuching Raden Sigit Witjaksono.

Hong Seng turut berkata, setiap tahun, Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menjemput pihak Kalimantan, Indonesia untuk menyertai Festival Kuching untuk memperkukuhkan hubungan.

Baca lain  Sebahagian mangsa tipu di Myanmar berjaya larikan diri
Datuk Bandar Kuching Selatan Wee Hong Seng berucap pada Festival PKS Borneo yang pertama.

Sementara Festival PKS Borneo yang pertama itu menampilkan sebanyak 21 perusahaan PKS dari Kalimantan dan Sarawak, merangkumi pelbagai sektor seperti makanan dan minuman, perdagangan dan agensi pengembaraan yang bertujuan untuk mempamerkan semangat keusahawanan dan potensi wilayah Borneo.

Para hadirin yang menghadiri festival itu berpeluang menyaksikan kesenian tradisional Merangkai Janur Nusantara gubahan daun kelapa yang disampaikan oleh Presiden Persatuan Merangkai Bunga Indonesia.

Bertemakan “Janur pergi ke Borneo”, demonstrasi ini bertujuan untuk menonjolkan daya tarikan universal seni dan kraf tradisional, mengajak penduduk Borneo untuk merangkul dan meraikan warisan budaya Indonesia.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,