ARTIKEL

Sarawak mahu rampas kejuaraan Sukan Para Sukma

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Strategi bergelar juara Sukan Para Sukma Sarawak dalam edisi akan datang bakal dirangka secara menyeluruh bagi membantu merampas kembali gelaran tersebut.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK), Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, di bawah peraturan penyertaan sebelum ini memerlukan penglibatan tiga negeri dan tiga atlet, sekiranya gagal mematuhi syarat menyebabkan acara dibatalkan.

“Selepas menilai temasya sebelum ini, pasukan kita yang bertolak ke Kuala Lumpur hanya mendapat tahu bahawa beberapa acara dibatalkan kerana penarikan diri pada saat-saat akhir oleh negeri-negeri tertentu.

“Ini termasuk acara yang kita percayai boleh memenangi pingat emas. Ini menyebabkan ketidakupayaan kita bersaing seperti pada awalnya.

“Sekarang, peraturan itu telah dipinda kepada dua negeri dan empat atlet. Ini memberi lebih banyak peluang kepada atlet kita untuk menang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Majlis Apresiasi DUN dan Sambutan Hari Raya dan Pra Gawai 2024 di Hotel Waterfront, semalam.

Tambah beliau, Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) juga telah menganjurkan kursus latihan untuk pengelasan dari 19 April sehingga 21 April lepas di Kuala Lumpur bagi tujuan mengelak daripada salah klasifikasi atlet para yang boleh menjejaskan pertandingan.

Jelas beliau, dalam beberapa kes atlet para Sarawak dikelaskan secara tidak betul sehingga menyebabkan tidak dapat mengambil bahagian apabila tiba di tempat pertandingan.

Situasi itu malangnya menyebabkan kehilangan pingat emas sekali gus menghalang untuk kami merangkul gelaran juara pada edisi sebelumnya.

“Pada kali ini, semua atlet perlu dikelaskan dengan betul di peringkat negeri bagi memastikan kelayakan mereka sebelum beraksi di Sukan Para Sukma di Sarawak,” tegasnya.

Justeru itu, beliau menyarankan adalah penting atlet para Sukma Sarawak mengambil bahagian dalam semua acara di temasya itu nanti bagi memaksimumkan peluang mereka berjaya selain sebagai salah satu strategi bergelar juara.

Selain itu, latihan dan pendedahan atlet kepada pertandingan di luar Sarawak merupakan sebahagian daripada persiapan mereka.

Beliau juga menekankan peranan jurulatih yang berkebolehan dalam mengeluarkan atlet yang terbaik selain mendapat sokongan daripada ibu bapa dalam mengejar kemenangan.

Selain menyediakan peralatan sukan berkualiti tinggi, atlet juga menerima elaun daripada kerajaan semasa sesi latihan bagi mengurangkan kebimbangan kewangan mereka serta fokus kepada latihan.

BERITA LAIN

PMNS komited perkasa pembangunan sukan Muaythai

BINTULU: Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) komited memperkasa pembangunan sukan Muaythai di negeri ini. Usaha ke arah itu tampak jelas apabila badan induk berkenaan menganjurkan

Misi Kuching City FC cari kemenangan pertama

KUCHING: Pengurus Kuching City FC, Irwanshah Mohamad menegaskan, tiga mata tetap menjadi buruan pasukannya pada perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri