Trending

Sarawak maju makmur, impian semua rakyat

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Menjadi impian bersama-sama untuk melihat Sarawak berkembang dari segi infrastruktur, ekonomi, malah perubahan dari segi cara pemikiran masyarakat dalam menempuh arus pemodenan, kata Ummi Kalthsoum Ramblee.

Sukarelawan bebas itu berkata, pembangunan yang berlaku di Semenanjung Malaysia bergerak pantas berbanding negeri ini.

“Oleh itu, kita perlu melihat pembangunan di sana sebagai panggilan kejut untuk Sarawak secara keseluruhannya agar dapat membangun dengan lebih pesat.

“Tidak dinafikan, Sarawak masih ketinggalan dalam banyak perkara jika dibandingkan dengan negeri maju di sini (semenanjung).

“Untuk itu, langkah proaktif perlu diambil bagi memastikan Sarawak dapat lebih bergerak dengan lebih maju kerana kita ada kekayaan yang boleh membantu untuk terus berganjak ke hadapan,” katanya ketika ditemu bual Suara Sarawak.

Sementara itu, beliau turut memberitahu bahawa Sarawak yang kini dilihat menjadi lebih baik berbanding berpuluh tahun sebelumnya kerana terdapat perubahan dari segi cara pemikiran dalam menjadikan negeri tercinta lebih maju.

Dalam pada itu, beliau yang sudah bermastautin di semenanjung lebih kurang 40 tahun itu sempat mengucapkan rasa bangga terhadap Sarawak dalam menyambut Hari Merdeka yang ke-60.

“Selamat bergembira dalam menyambut hari yang bermakna ini. Semoga Sarawak dapat membangun pesat dan terus berubah menjadi sebuah negeri yang maju dan makmur pada masa akan datang,” katanya ringkas.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru