Trending

Sarawak mampu mengubah ekonomi seperti China, Jepun

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Sarawak juga mampu mencipta kejayaan seperti negara ekonomi terbesar dunia melihat kepada sejarah transformasi pembangunan China dan Jepun.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, untuk memastikan ia berjaya dicapai, semua rakyat tanpa mengira kaum harus bekerjasama rapat untuk membantu kerajaan mencapai status negeri maju berpendapatan tinggi.

“Untuk mencapai sasaran 2030 Sarawak, kita juga melihat sejarah seperti negara China yang dahulunya juga bergelut, namun kini banyak mencipta kejaiban serta mengubah keseluruhan ekonomi dunia.

“Begitu juga dengan Jepun, mereka menghantar rakyatnya ke serata dunia untuk menimba ilmu dari luar negara dan kembali untuk memulakan semula keseluruhan program perindustrian sehingga menjadikan negara itu sangat kuat dari segi logistik dan perindustrian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-77 Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Premier Datuk Sri Dr Sim Kui Hian; Presiden ACCCIM Senator Tan Sri Datuk Low Kian Chuan dan Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Sarawak (ACCCIS) Datuk Tan Jit Kee.

Untuk berita terperinci, sila langgani e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru