Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Sarawak masih kekurangan guru bagi subjek tertentu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
PAMERAN... Roland diiringi tetamu kehormat yang lain mengunjungi pameran robot oleh lapan sekolah rendah di bawah PPD Samarahan. - Photo Ramidi Subari
PAMERAN… Roland diiringi tetamu kehormat yang lain mengunjungi pameran robot oleh lapan sekolah rendah di bawah PPD Samarahan. – Photo Ramidi Subari

KOTA SAMARAHAN: Sarawak masih berdepan isu kekurangan guru bagi mata pelajaran tertentu meskipun telah mencapai 95 peratus dasar 90:10 penempatan guru di negeri ini.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata, antara subjek itu adalah Pendidikan Agama Islam.

“Pada masa ini, sekitar 95 atau 94 peratus guru berasal dari Sarawak telah ditempatkan untuk mengajar di negeri ini.

“Meskipun berjaya mencapai sasaran itu, namun kekurangan guru masih menjadi isu yang perlu ditangani terutama melibatkan kumpulan guru yang berbeza,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kit Robot Rero : Mikro yang diadakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPGKTAR) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Roland berkata perbincangan mengenai isu kekurangan guru di Sarawak telah diadakan bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan pada 8 September lalu.

“Kita telah berbincang dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan dan terpulang kepada mereka untuk bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya.

PAMERAN… Roland diiringi tetamu kehormat yang lain mengunjungi pameran robot oleh lapan sekolah rendah di bawah PPD Samarahan. – Photo Ramidi Subari

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan