ARTIKEL

Nancy (dua kiri) menyempurnakan Perasmian simbolik Program 'Autism Empowerment Weekend' di BCM di sini, hari ini.

Sarawak masih perlukan lebih ramai ahli profesional bertauliah kendalikan program bagi individu berkeperluan,

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak masih lagi berhadapan dengan kekurangan ahli profesional bertauliah untuk mengendalikan program bagi individu berkeperluan, terutama sekali individu autistik, kata Datuk Seri Nancy Shukri.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata penyediaan tenaga profesional tersebut penting kerana ia bukan masalah yang hanya berlaku di negeri ini tetapi juga di seluruh Malaysia.

Katanya, disebabkan itu juga kementerian komited menyuarakan perkara tersebut kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi mesyuarat yang dijalankan untuk tindakan sewajarnya.

Nancy (dua kiri) menerima buku bertajuk ‘Autisme: 79 Tips untuk Ibu Bapa’ daripada Erdy Izwan Sohardi (kiri).

“Melihat kepada permasalahan ini, memang kami sentiasa mengambil ruang untuk menyuarakannya kerana ini bukan perkara yang berlaku di Sarawak tetapi juga di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan perasmian Program ‘Autism Empowerment Weekend’ di Muzium Budaya Borneo (BCM) di sini, hari ini.

Tambahnya, ekoran itu kementerian mengakui bahawa bukan sahaja Sarawak tetapi juga seluruh negara memerlukan pusat intervensi swasta seperti ‘Let’z Play Therapy’ .

“Namun, tidak semua orang mampu menghantar anak autistik ke pusat swasta.

“Sebab itu kami menggalakkan persatuan atau pertubuhan sosial untuk mendapatkan geran daripada kementerian.

“Ini adalah cara supaya mereka dapat menarik lebih ramai kanak-kanak autistik dan juga tenaga pengajar,” ujarnya.

Nancy dalam ucapannya memaklumkan bahawa hingga 31 Mei lalu di negeri ini, daripada 50,712 orang kurang upaya (OKU) berdaftar di bawah JKM, seramai 8.79 peratus, iaitu 4,459 orang, merupakan individu yang didiagnos sebagai autistik.

Manakala itu, jelasnya, sebahagian daripada 724 OKU yang didiagnos sebagai gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif (ADHD) juga mempunyai ciri-ciri autistik secara bersama.

BERITA LAIN

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri

Polis lumpuh sindiket gula-gula getah dicampur dadah

KUALA LUMPUR: Polis melumpuhkan sindiket pengedaran gula-gula getah dicampur dadah dengan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM5.02 juta dalam serbuan berasingan di Cheras dan Seri Kembangan, semalam.Pengarah

BERITA TERBARU