Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Sarawak, Melaka kerjasama promosi bandar pintar

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
RAKAMAN KENANGAN… deligasi dari Melaka dan pengurusan SMA merakam gambar kenangan di SMA Chic. turut kelihatan adalah Zaidi (10 kiri), manakala Sulaiman (11 kiri).
RAKAMAN KENANGAN… deligasi dari Melaka dan pengurusan SMA merakam gambar kenangan di SMA Chic. turut kelihatan adalah Zaidi (10 kiri), manakala Sulaiman (11 kiri).

KUCHING: Sarawak dan Melaka menjalinkan kerjasama untuk mempromosikan inisiatif bandar pintar berkembar dari segi warisan sejarah, budaya serta pelancongan melalui Pelan Tindakan Melaka Pintar dan Pelan Induk Bandar Pintar Kuching.

Pengurus projek, PLANMalaysia, Pejabat Projek Zon Selatan  TPr Sulaiman Mohammad berkata, Kerajaan Melaka akan melancarkan Pelan Tindakan Melaka Pintar Ogos ini yang bakal melengkapkannya sebagai negeri maju.

“Pelan tersebut juga akan menjadi cabaran kepada kita.  Oleh itu, kami datang ke sini (Sarawak) untuk belajar dari negeri ini, melalui Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) tentang cara menyelaraskan usaha kami dalam inisiatif bandar pintar.

“Bagi saya, terdapat potensi besar untuk Melaka dan Sarawak bekerjasama dalam bidang seperti warisan sejarah, budaya serta pelancongan kita yang kaya,” kata Sulaiman selepas taklimat SMA kepada delegasinya yang diadakan di Pusat Inovasi Warisan Kreatif SMA (CHIC), di sini.

Sementara itu, Pengurus Besar SMA Ts Dr Zaidi Razak mengakui bahawa Melaka jauh di hadapan Sarawak dari segi pelancongan tetapi tetap memilih untuk kekal merendah diri.

Baca lain  Sekelip mata dapat bantuan bumbung

“Ini dapat dilihat daripada usaha mereka yang masih bersedia untuk datang belajar ke Sarawak dan SMA dalam pelbagai inisiatif yang telah berjaya dilaksanakan,” ujarnya.

CENDERAHATI… Zaidi (dua kanan) menyerahkan cenderahati kepada Sulaiman (dua kiri) di SMA Chic di Kuching, baru-baru ini.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru