ARTIKEL

Ewon (tiga kiri) menyampaikan geran kepada penerima pada Program MASKOP dan Program Transformasi dan DigiKoP 2024, di sini, hari ini.

Sarawak mempunyai bilangan koperasi tertinggi di Malaysia, dengan nilai aset RM651 juta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak diiktiraf sebagai salah satu negeri yang mempunyai bilangan koperasi tertinggi di Malaysia dengan nilai aset berjumlah RM651 juta, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.

Beliau berkata, hingga kini terdapat 1,190 koperasi di Sarawak dengan keanggotaan seramai 313 ribu anggota.

“Bagi nilai syer gerakan koperasi, Sarawak telah mencapai RM228 juta dengan nilai aset berjumlah RM651 juta.

“Perolehan koperasi pula mencecah hampir RM369 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Program Memasyarakatkan Koperasi (MASKOP) dan Program Transformasi dan Digitalisasi Koperasi (DigiKoP) 2024 yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bersama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA) di sini, hari ini.

Secara keseluruhan di Malaysia, Ewon mendedahkan bahawa jumlah koperasi kini telah melonjak kepada 15,809 buah dengan keanggotaan melebihi 7.2 juta orang.

“Kejayaan gerakan koperasi dalam pelbagai sektor ekonomi telah membolehkan pengumpulan modal syer dan yuran mencapai RM17.4 billion, manakala aset berjumlah RM165.9 billion.

“Perolehan koperasi pula telah mencapai RM64.6 billion, melepasi sasaran dasar yang ditetapkan oleh Kementerian sebanyak RM60 bilion bagi tahun 2025,” katanya lagi.

Pada masa sama, beliau memberitahu bahawa Koperasi KOPERKASA Sarawak Bhd (KOPERKASA) boleh dijadikan contoh sebagai koperasi yang berjaya.

Katanya, koperasi ini, yang dianggotai seramai 25,275 penjawat awam Sarawak, mempunyai nilai syer dan yuran berjumlah RM117 juta, nilai aset RM254 juta serta perolehan yang mencecah hampir RM18.5 juta hingga 31 Disember 2023.

“Antara aktiviti utama koperasi ini adalah menyediakan fasiliti kewangan kepada anggota untuk mengatasi masalah kewangan, meningkatkan taraf pembangunan sosioekonomi, dan yang paling utama adalah untuk menggalakkan amalan menyimpan.

“KOPERKASA turut menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan lain, iaitu Perkasa Ar-Rahnu (untuk anggota dan juga terbuka kepada orang ramai), penjualan motosikal, penjualan pelbagai barangan elektrik, penyewaan premis, perhotelan dan pembangunan hartanah.

“Pada tahun 2023, KOPERKASA menduduki tangga pertama sebagai koperasi terbaik di Sarawak dan berjaya menduduki tangga ke-13 dalam Indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia,” ujarnya.

BERITA LAIN

England ke final Euro 2024

Skuad England mara ke final Euro 2024 setelah mengalahkan Belanda 2-1 pada aksi separuh akhir awal pagi tadi. Mereka akan menentang Sepanyol pada aksi final

Sekolah institusi penting bina masa depan negara

SIBU: Dana Program Mesra Rakyat (PMR) yang disalurkan membolehkan kemudahan sekolah sekitar kawasan Parlimen Sibu dinaik taraf. Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew berkata

Kerjasama erat KMKK bawa banyak kemajuan

SARATOK: Semangat bersatu padu dan kerjasama erat barisan ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) menjadi semangat kepada wakil rakyat untuk membawa lebih banyak pembangunan. Perkara

Gas asli pastikan lampu rumah menyala

KEKAYAAN sumber gas asli yang ditemukan di ketiga-tiga wilayah – Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak – di negara ini, membolehkan penduduk menikmati bekalan tenaga mampu

Teroka tenaga kerja berkemahiran tinggi

BINTULU: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sering menjadi agenda utama pendidikan negara dalam menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, sejajar dengan keperluan industri

BERITA TERBARU

England ke final Euro 2024

Skuad England mara ke final Euro 2024 setelah mengalahkan Belanda 2-1 pada aksi separuh akhir awal pagi tadi. Mereka akan menentang Sepanyol pada aksi final

Sekolah institusi penting bina masa depan negara

SIBU: Dana Program Mesra Rakyat (PMR) yang disalurkan membolehkan kemudahan sekolah sekitar kawasan Parlimen Sibu dinaik taraf. Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew berkata