ARTIKEL

Sarawak Metro terima anugerah emas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sarawak Metro Sdn Bhd (Sarawak Metro) mendapat Anugerah Pencapaian Kualiti 2023 bagi Kategori Emas daripada Persatuan Penyelidikan Kualiti Eropah (ESQR).

Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Metro, Mazli Mustaffa berkata, pengiktirafan ini mengukuhkan lagi komitmen Sarawak Metro dalam kecemerlangannya.

“Kami mendapat inspirasi untuk meningkatkan lagi standard, bagi memenuhi jangkaan pihak berkepentingan yang semakin meningkat pada 2024.

“Anugerah yang diterima ini juga mendorong kami untuk terus berinovasi sekali gus menjadikan kami lebih berdedikasi bukan sahaja mengekalkan malah meningkatkan kualiti perkhidmatan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sehubungan itu, jelasnya, pihaknya akan membuktikan bahawa sentiasa ada ruang untuk pertumbuhan dan kecemerlangan mereka.

Dengan adanya anugerah ini, ia bukti komitmen kecemerlangan perkhidmatan dan pengurusan berikutan dengan tiga pensijilan Pertubuhan Piawaian Antarabangsa (ISO) yang diperoleh pada tahun ini iaitu Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015; Sistem Pengurusan Alam Sekitar ISO 14001:2015 dan Sistem Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan ISO 45001:2018.

Selain itu, Sarawak Metro juga menerima beberapa anugerah pada tahun ini iaitu Low Carbon Transport Project Of The Year Award di Enlit Asia Jakarta, World Brand Foundation Award di Kuala Lumpur dan Anugerah Penarafan Audit Terbaik Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) 2022 di Kuching.

Anugerah dan pensijilan yang diterima pada tahun ini juga akan mengukuhkan lagi dedikasi organisasi untuk meningkatkan kualiti dan terus menambah baik perkhidmatan.

Justeru, ia dapat menetapkan penanda aras yang lebih tinggi bagi projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS).

LAIN-LAIN BERITA

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais

BERITA TERBARU

Bakih strategik KGC deka ditambah

SARIKEI: Opis Menteri Pemansang Indu, Nembiak Mit enggau Pengelantang Komuniti Sarawak (KPWK) benung chakah ngatur pengawa sida ngambi mayuh agi premis nerima Kenyalang Gold Card

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,