ARTIKEL

Datuk Seri Julaihi Narawi

Sarawak miliki sumber air mencukupi, perlu diurus dengan baik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sarawak mempunyai sumber air yang melimpah dan mencukupi tanpa berhadapan dengan isu persaingan untuk mendapatkan bekalan air.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, sumber air di negeri ini berada di bawah kawalan sepenuhnya dan tidak dikongsi dengan negeri atau negara jiran.

“Sarawak dikurniakan dengan hujan tahunan yang tinggi dan limpahan air tawar dari sungainya.

“Oleh itu, Sarawak tidak berdepan masalah bersaing untuk mendapatkan sumber air, namun penggunaannya masih perlu diuruskan dengan baik bagi menghadapi cabaran perubahan iklim,” katanya dalam satu kenyataan hari ini sempena sambutan Hari Air Sedunia 2024.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sambutan Hari Air Sedunia pada kali ini bertemakan ‘Air untuk Keamanan’, dan menekankan kepentingan perpaduan masyarakat dalam melindungi sumber air, di samping memberi tumpuan kepada nilai air sebagai aset berharga yang perlu dijaga demi kesejahteraan bersama.

“Tema sambutan pada kali ini selaras dengan inisiatif berterusan Sarawak dalam memastikan penggunaan air yang cekap bukan sahaja untuk bekalan air bersih, malah untuk tujuan seperti pengairan, kuasa hidroelektrik dan pengangkutan air yang akan memberi manfaat kepada generasi akan datang.

Baca lain  150 kanak-kanak berkhatan secara percuma

“Sambutan Hari Air Sedunia yang diadakan pada 22 Mac setiap tahun sejak 1993 merupakan perayaan tahunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memfokuskan kepada kepentingan air tawar, termasuk pengurusan krisis air global.

“Malah ia juga menyokong matlamat PBB untuk Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) ke-6: Air Bersih dan Sanitasi untuk semua menjelang 2030,” ujarnya.

BERITA LAIN

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,

Tiga buruh ditahan positif dadah

MUKAH: Polis Mukah terus membendung aktiviti penyalahgunaan dadah dengan tangkapan tiga lagi lelaki tempatan dalam satu operasi di Jalan Selangau Mukah, semalam. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,