ARTIKEL

Sarawak naik taraf pengangkutan awam, hubung dengan bandar luar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan melihat ke arah menyediakan lebih banyak kesalinghubungan antara Kuching dengan bandar-bandar lain di luar negeri ini dalam usaha untuk merancakkan industri pelancongan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia termasuk menambah baik sistem perhubungan dan pengangkutan awam di negeri ini.

FOTO: RAMIDI – Abang Johari merasmikan sambutan Hari Bandaraya Kuching ke-34 di pekarangan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di Kuching, hari ini.

“Itulah sebabnya Kerajaan Sarawak memulakan inisiatif mewujudkan pengangkutan awam pintar berkuasa hidrogen termasuk bas dan sistem Transit Aliran Autonomi (ART) yang bukan sahaja di Kuching tetapi juga ke, Samarahan, Padawan dan Serian.

“Sistem yang baik ini pasti akan mencerminkan standard pengangkutan awam kita kerana di mana-mana sahaja bandar utama, ia merupakan perkara penting,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Hari Bandaraya Kuching ke-34, 2022 di pekarangan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di sini, hari ini.

Menurutnya, walaupun usaha tersebut mungkin menelan belanja yang agak besar, tetapi beliau percaya ia mampu dilaksanakan sekali gus boleh membawa status Kuching sebagai bandar maju dan pintar di Sarawak.

Hadir sama Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian; Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaid; Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Snowdan Lawan; Datuk Bandar MBKS Datuk Wee Hong Seng, Datuk Bandar Kuching Utara (DBKU) Datuk Junaidi Reduan dan pengerusi penganjur sambutan Abdul Baderi Sahmat.

BERITA LAIN

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup

BERITA TERBARU