ARTIKEL

INOVATIF... Patrick (tengah) menerangkan aplikasi penyiaran perlawanan tenis secara langsung dalam talian, disaksikan oleh Rentap (kanan).

Sarawak negeri pertama di Asia Tenggara siarkan perlawanan tenis secara langsung dalam talian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sarawak akan menjadi negeri pertama di Asia Tenggara yang menyiarkan perlawanan tenis di bawah Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) secara langsung dalam talian.

Presiden SLTA, Datuk Patrick Liew, berkata inisiatif ini dimulakan dengan Kejohanan Tenis Berpasukan Remaja Dunia (Lelaki dan Wanita) Bawah 14 Tahun Pusingan Kelayakan Zon Asia/ Oceania 2024 yang telah bermula pada pagi tadi.

“Bagi kejohanan ini, kita menjadi negeri dan bandar raya pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan penyiaran perlawanan secara langsung dalam talian.

“Ini adalah perlawanan disiarkan secara langsung. Ini bermakna bahawa semua pengadil akan mengendalikan serta memegang android, dan menyaksikan pemarkahan disiarkan secara langsung.

“Jadi seluruh dunia, ibu bapa, persatuan pemain boleh menonton perlawanan,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Kejohanan Tenis Berpasukan Remaja Dunia (Lelaki dan Wanita) Bawah 14 Tahun Pusingan Kelayakan Zon Asia/ Oceania 2024 di gelanggang SLTA di sini, hari ini.

Dengan adanya usaha penyiaran secara langsung itu, Patrick percaya ia mempunyai banyak kebaikan khususnya memberi kesan kepada para pemain.

Baca lain  Aksi final JDT, Selangor berulang?

“Untuk masa depan, salah satu perkara yang pasti ialah segala maklumat sudah direkodkan dan mudah membawa jurulatih untuk menilai permainan atlet,” katanya.

Tambahnya, ia juga mampu menjadi penyumbang kepada usaha promosi negeri Sarawak khususnya bandar raya Kuching.

Mengenai pemilihan Kuching sebagai lokasi kejohanan terbabit, beliau menegaskan Kuching dipilih kerana Kuching mempunyai ramai pegawai bagi membantu dalam proses penganjuran.

“Kita bertuah kerana ramai yang sukarela menjadi pegawai bagi membantu dalam menganjurkan kejohanan ini, termasuklah dari Pontianak, Indonesia meskipun dalam tempoh berpuasa,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu, yang hadir bagi menyempurnakan kejohanan itu, turut menyokong inisiatif penyiaran perlawanan secara langsung dalam talian.

Katanya, penyiaran kejohanan memang menjadi impian buat peminat dan persatuan sukan agar disiarkan secara langsung, sama ada dengan menggunakan media sosial dan sebagainya.

“Salah satu kejohanan diminta melakukan demikian juga ialah kejohanan boling di mana Federasi Boling Antarabangsa menggesa agar mana-mana kejohanan boling disiarkan secara langsung dan keputusan perlawanan haruslah dinyatakan secara dalam talian,” ujarnya.

BERITA LAIN

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh