ARTIKEL

Sarawak Oil Palms serah lebih 179,000 tan PME tahun lepas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Sarawak Oil Palms Bhd (SOP) telah menyerahkan 179,578.69 tan metrik metil ester sawit (PME) kepada depoh syarikat minyak dan gas PETRONAS dan Shell di seluruh Sarawak pada tahun lepas, meningkat daripada 161,671.96 tan pada 2022.

Ketua Pegawai Operasi SOP, Eric Kiu Kwong Seng berkata angka itu turut mencerminkan komitmen syarikat itu untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi penyelesaian tenaga mampan di negara ini.

“Selain itu, eksport gliserol mentah kami turut meningkat ketara kepada 22,244 tan pada 2023 yang membuktikan kualiti dan kebolehpercayaan produk kami di peringkat global,” katanya.

Beliau berucap pada majlis perasmian Kilang Penapisan dan Pemecahan 2 syarikat itu di Fasa 2 Kawasan Perindustrian Kidurong di sini, hari ini, yang disempurnakan oleh Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Kiu turut berkongsi komitmen SOP mengukuhkan prospek masa depan dengan merealisasikan visi sebagai kumpulan perladangan kelapa sawit bersepadu sepenuhnya di Sarawak.

Menurutnya, loji biodiesel syarikat itu di Kawasan Perindustrian Kidurong berkenaan dan mematuhi piawaian alam sekitar yang ketat, juga berupaya memproses sehingga 600 tan sehari manakala kilang fitonutrien pula berkapasiti pengeluaran harian sebanyak 300 tan.

Menerusi anak syarikat milik penuhnya, SOP Industries Sdn Bhd, SOP menerajui pembangunan Kompleks Hiliran Minyak Sawit yang berperanan penting dalam pengeluaran pelbagai produk hiliran minyak sawit, termasuk minyak sawit ditapis, diluntur dan dinyahbau (RBD), olein sawit RBD, minyak isirung sawit mentah, PME, gliserol dan metil ester sulingan.

Bernama

BERITA LAIN

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.