ARTIKEL

Sarawak optimis jadi pengeksport tenaga boleh diperbaharui menjelang 2027 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak bakal menjadi pengeksport tenaga yang boleh diperbaharui khasnya hidrogen kepada negara luar menjelang 2027, kata Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, langkah ini akan meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) negeri sekali gus menawarkan peluang tenaga kerja kepada generasi baharu kerana ia bergantung kepada teknologi terkini.

“Sebenarnya kita mempunyai sumber-sumber dan kalau kita bandingkan sumber ini dengan teknologi, maka potensi Sarawak sangatlah luas, khususnya dari sudut dasar Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) Malaysia.

“Kemungkinan kita boleh menjadi…saya rasalah penentu (pengeksport tenaga yang boleh diperbaharui khasnya hidrogen kepada negara luar) dalam kita menukarkan teknologi tenaga lama kepada tenaga yang baru.

“Saya nampak pada tahun 2027, kita akan menjadi pengeksport tenaga yang boleh diperbaharui khasnya hidrogen kepada negara luar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Peralihan Tenaga Borneo 2024 di sini, hari ini. 

Menjelas lanjut kata Abang Johari, untuk menjadi pengeksport tenaga berkenaan kepada negara luar, Sarawak bakal melengkapkan fasiliti dan teknologi dalam tahun yang sama (2027).

“Dalam tahun 2027, fasiliti akan dilengkapkan, bermakna kita akan mempunyai loji yang mampu menghasilkan hidrogen…seperti yang dinyatakan sebelum ini, Lotte dan Samsung juga adalah antara penerima tenaga dari pengeluaran hidrogen ini.

“Pada masa ini, dua negara iaitu Jepun dan Korea telah menyatakan untuk menjadi ‘offtaker’ (pihak yang membeli hidrogen yang dihasilkan)…mereka telah sahkan (untuk menjadi ‘offtaker’),” jelasnya lagi.

Bagaimanapun jelasnya, penggunaan hidrogen ini tidak hanya terhad untuk eksport semata-mata tetapi juga untuk kegunaan domestik. 

BERITA LAIN

21 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan

KUCHING: Seramai 21 warganegara asing telah ditahan oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching menerusi Ops Selera, Ops Belanja dan Ops Kutip di sekitar bandar raya ini,

Guru wanita maut, Hilux bertembung Axia

KOTA SAMARAHAN: Seorang guru wanita maut setelah kenderaan dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan pacuan 4×4 berdekatan Institut Memandu NB Motors Sdn Bhd di sini, tengah

Pertandingan fotografi, video pendek untuk belia

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) akan menganjurkan Pertandingan Fotografi Belia Antarabangsa Jalan Sutera Ketiga dan Pertandingan Video Pendek. Pengerusi penganjurnya pertandingan Kaunselor Michelle Law Wan

Jururawat barisan hadapan sistem kesihatan negara

KUCHING: Jururawat adalah enjin utama ekonomi sistem penjagaan kesihatan yang menyumbang kepada kecekapan sistem, penjimatan operasi serta perbelanjaan dan kualiti kesihatan masyarakat. Pengarah Hospital Umum

BERITA TERBARU

Sarawak dulu sesingkang mantu rayat

BAU: Perintah Sarawak dipuji laban ngena chara go the extra mile tauka dulu sesingkang ba pengawa meri bantu ngagai rayat di menua tu. Sapit Menteri

Isut mubuk menua Kabo Ulu

ISUT nitih ke jerita, nyadi tuai orang ti muai unak, muai lemetak, muai batang, muai agang di sitak menua Kabo Ulu. Iya tuai orang berimbau,