ARTIKEL

Kim Shin (dua kanan) menyempurnakan Majlis Perasmian CENTEXS Hydrogen and Tech Safari 4.0 di sini hari ini.

Sarawak pada landasan strategik untuk jadi pengeluar utama tenaga hidrogen dan hijau serantau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Sarawak secara strategik meletakkan diri pada asas utama dalam pengeluaran hidrogen hijau di Malaysia dan Asia Tenggara (SEA).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Lee Kim Shin, berkata ia dilaksanakan dengan memanfaatkan sumber tenaga boleh diperbaharui yang melimpah seperti tenaga solar dan hidro.

“Sarawak bakal menjadi pengeluar utama tenaga hidrogen hijau di rantau ini yang kini mempunyai permintaan tinggi sebagai sumber tenaga bersih.

“Sasaran Sarawak itu juga dijangka dapat direalisasikan dalam tempoh beberapa tahun akan datang kerana negeri ini telah memulakan pembinaan dua loji hidrogen hijau, termasuk projek-projek seperti H2ONBill dan H2Biscus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) Hydrogen and Tech Safari 4.0 di sini hari ini.

Kim Shin (tiga kiri) menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta yang hadir pada program berkenaan.

Dalam pada itu, katanya, Sarawak juga memperkenal dan melaksanakan pengangkutan awam bas hidrogen serta Transit Aliran Automasi (ART) berkuasa hidrogen sebagai pendekatan baharu dalam menghijaukan pengangkutan awam di negeri ini.

“Selain itu, lima stesen isian semula hidrogen akan dibina di Kuching dan usaha juga sedang dijalankan untuk membuka stesen di bandar utama, iaitu Bintulu, Miri, Sibu dan Sri Aman.

“Pembukaan lebih banyak setesen isian semula itu selaras dengan matlamat kita untuk memperluaskan penggunaan kenderaan hidrogen,” ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu juga mendedahkan bahawa Sarawak kini sedang membentuk semula ekonomi melalui teknologi hidrogen.

“Menjelang tahun 2030, Malaysia telah menetapkan beberapa sasaran, iaitu untuk mencapai pengurangan lima hingga 10 peratus pelepasan gas rumah hijau dan mengurangkan intensiti karbon sebanyak 45 peratus serta mewujudkan 45,000 peluang pekerjaan.

“Komitmen negara untuk membangunkan ekonomi hidrogen bukan sahaja merupakan langkah ke arah masa depan yang lestari tetapi juga langkah strategik untuk memanfaatkan kelebihan geografi dan sumber semula jadi dalam pasaran tenaga bersih yang berkembang pesat.

“Seiring dengan pembangunan hidrogen, Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyatakan Sarawak telah bersiap sedia untuk menghadapi impak transformatif dalam kecerdasan buatan (AI), robotik, keselamatan siber yang sejajar dengan Strategi Ekonomi Digital Sarawak.

“Tambahan pula, kepintaran terkini seperti AI sangat berpotensi mengubah landskap ekonomi Sarawak menjelang tahun 2030,” katanya.

BERITA LAIN

PERKESO lancar operasi kesan majikan besar-besaran

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melancarkan Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) Peringkat Kebangsaan 2024 secara serentak melibatkan 54 pejabat PERKESO di seluruh negara, semalam.

Service Sarawak permudah urusan rakyat

BETONG: Sarawak mengwujudkan Service Sarawak untuk memudahkan masyarakat setempat menerima pelbagai perkhidmatan kerajaan. Pelaksanaan Service Sarawak berlandaskan konsep “One Government at Your Service” di mana

BERITA TERBARU