Trending

Sarawak pastikan kecacatan atlet OKU diklasifikasi

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
PENJELASAN…Datuk Seri Fatimah Abdullah ketika ditemui pada Sesi Bersama Atlet Para Sukma 2022 di salah sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

KUCHING: Sarawak mengambil pendekatan tersendiri dalam melaksanakan ujian klasifikasi bagi menentukan jenis kecacatan atlet Para atau Orang Kelainan Upaya (OKU).

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Masyarakat Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata langkah itu perlu dan penting bagi mengelak para atlet kehilangan kelayakan untuk bertanding pada hari pertandingan sebenar ekoran klasifikasi yang tidak betul.

Katanya ia memandangkan situasi itu pernah berlaku kepada kontinjen Para Sukma Sarawak sebelum ini dan ia amat mengecewakan kerana ia mengambil masa yang lama untuk mempersiapkan atlet terbabit.

“Apa pun, kita sangat bertuah kerana mempunyai doktor yang menawarkan diri untuk membantu melaksanakan proses klasifikasi itu,” katanya ketika berucap pada Sesi Bersama Atlet Para Sukma 2022 di salah sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Menurut Fatimah, klasifikasi dibuat secara berperingkat, iaitu pertama oleh pasukan perubatan dan seterusnya oleh pasukan teknikal mengikut kategori yang ditetapkan pihak Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC).

Dalam pada itu, Fatimah berkata pencarian bakat baru merupakan salah satu inisiatif pihaknya untuk memastikan Sarawak mencapai objektifnya sebagai pusat kuasa sukan OKU.

“Kami pergi ke setiap bahagian dan itulah cara kami menemui bakat baru di luar Kuching.

“Melalui strategi tersebut kita akan mempunyai atlet pelapis,” katanya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 Disember 2023

Berita Terbaru