ARTIKEL

Sarawak Pay catat transaksi bernilai RM588 juta sejak ditubuhkan pada November 2017

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Aplikasi Sarawak Pay berjaya mencatatkan 13.789 juta transaksi yang bernilai RM588 juta setakat September tahun lalu.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, sejak diperkenalkan pada November 2017, aplikasi telah mendaftarkan sejumlah 443,396 pengguna dan 64,254 peniaga dalam tempoh yang sama.

“Selaras dengan hasrat Kerajaan Sarawak untuk mencapai status negeri maju menjelang 2030, penggunaan aplikasi Sarawak Pay ini juga akan diperluaskan.

“Terbaharu, aplikasi Sarawak Pay boleh digunakan untuk pembayaran di luar negara dengan kod QR UnionPay digunakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kempen Kesedaran Kewangan Sarawak secara maya yang julung kali diadakan hari ini.

BERITA LAIN

Bekas wartawan penyiaran Sarawak meninggal dunia

KUCHING: Bekas wartawan penyiaran dari Sarawak, Datuk Affandi Tahir, meninggal dunia di kediamannya di sini semalam. Menurut laporan TVS hari ini, berita pemergiannya disahkan oleh anaknya, Faisal

BERITA TERBARU