Sarawak Pay melangkaui hingga luar bandar

SIMUNJAN: Kehadiran aplikasi tanpa tunai, Sarawak Pay di Simunjan amat dialu-alukan kerana memudahkan pembayaran pelbagai perkhidmatan.

Adun Simunjan, Awla Dris berkata, Pekan Simunjan masih tiada perkhidmatan perbankan yang baik selain Agro Bank.

“Maka, kehadiran Sarawak Pay adalah satu tindakan yang wajar memandangkan ia merupakan aplikasi e-dompet pertama apabila menawarkan perkhidmatan pengeluaran tunai menerusi EB BSN bagi rakyat di luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Rindok Digital yang dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini di sini.