ARTIKEL

Peningkatan eksport Sarawak kedua tertinggi selepas Selangor

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak antara lima negeri di Malaysia berprestasi lebih tinggi yang menyumbang kepada peningkatan eksport negara kepada RM114.7 bilion pada April tahun ini.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, ia menyaksikan Sarawak berada di kedudukan kedua tertinggi peningkatan dengan nilai sebanyak RM2.1 bilion, selepas Selangor yang mencatatkan sejumlah RM3 bilion.

“Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM221.7 bilion pada April lalu dengan eksport dan import masing-masing bernilai RM114.7 bilion dan RM107.0 bilion.

“Ia merupakan peningkatan sebanyak RM9.5 bilion atau 9.1 peratus berbanding bulan yang sama pada tahun lepas,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, ujarnya, peningkatan eksport itu dipengaruhi oleh eksport yang lebih tinggi di Selangor (+RM3.0 bilion), Sarawak (+RM2.1 bilion), Pulau Pinang (+RM1.4 bilion) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (+RM1.0 bilion).

“Turut mencatatkan peningkatan eksport ialah negeri Perak (+RM894.4 juta), Terengganu (+RM826.4 juta), Sabah (+RM669.2 juta), Johor (+RM534.0 juta), Kelantan (+RM164.9 juta) dan W.P. Labuan (+RM7.2 juta).

“Bagaimanapun, nilai eksport menurun di Kedah sebanyak RM669.7 juta, Pahang (-RM377.0 juta), Negeri Sembilan (-RM125.6 juta), Perlis (-RM26.7 juta) dan Melaka (-RM25.6 juta),” ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, bagi tahun ini setakat April lalu, Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan 30.1 peratus, diikuti oleh Johor (20.4 peratus), Selangor (18.5 peratus), Sarawak (8.2 peratus) dan W.P. Kuala Lumpur (4.7 peratus).

“Lima negeri ini menguasai eksport negara pada tahun ini dengan menyumbang sebanyak 81.9 peratus,” jelasnya.

Beralih kepada prestasi import mengikut negeri, beliau memaklumkan import pada bulan April lalu meningkat sebanyak RM14.5 bilion atau 15.6 peratus, berbanding bulan yang sama pada tahun lalu.

“Peningkatan ini disebabkan oleh import yang lebih tinggi di kebanyakan negeri, iaitu Selangor (+RM4.0 bilion), Pulau Pinang (+RM3.6 bilion), Johor (+RM1.6 bilion), Melaka (+RM1.3 bilion), Kedah (+RM1.2 bilion) dan Negeri Sembilan (+RM770.8 juta).

“Pahang pula mencatatkan peningkatan import sebanyak RM532.9 juta, W.P. Kuala Lumpur (+RM520.9 juta), Sarawak (+RM479.4 juta), Perak (+RM228.3 juta), Terengganu (+RM125.8 juta), Sabah (+RM121.1 juta) dan Perlis (+RM9.6 juta).

“Manakala nilai import jatuh di W.P. Labuan sebanyak RM41.1 juta dan Kelantan sebanyak RM19.3 juta,” jelasnya.

Tambahnya, Selangor mendominasi import Malaysia dengan sumbangan 27.2 peratus, diikuti oleh Johor (21.6%), Pulau Pinang (21.0%), W.P. Kuala Lumpur (7.5%) dan Kedah (5.9%).

BERITA LAIN

BERITA TERBARU