ARTIKEL

BERCAKAP...Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi (tengah) bercakap pada sidang media

Sarawak perintis anjur SUF di Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak menjadi negeri pertama menganjurkan program urban tersendiri dikenali sebagai Forum Urban Sarawak (SUF) yang akan berlangsung selama empat hari pada bulan September ini.

Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, program hasil cetusan idea susulan Bumi Kenyalang telah menjadi tuan rumah Forum Urban Malaysia (MUF) yang dilaksanakan pada Oktober 2023.

“Kita telah mendapat kelulusan daripada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk menganjurkan forum kita sendiri yang dikenali sebagai SUF yang pertama dianjurkan di Kuching pada tahun ini.

“Ia akan dilaksanakan pada empat hari bermula pada hari Khamis, namun tarikh sebenar program masih dalam perancangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Hari Raya Aidilfitri Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N4 Pantai Damai di Minihall Pusat Khidmat ADUN N4 di Jalan Haji Taha, di sini, hari ini.

Katanya, turut dijemput pakar pengurusan bandaraya dari Jepun dijangka bakal menghadiri program terbabit sekali gus menjadi panelis forum.

Mengulas mengenai program, Abdul Rahman menegaskan forum akan diisi dengan pelbagai aktiviti luar yang menarik di samping menggalakkan penyertaan daripada orang ramai khususnya masyarakat tempatan.

“Ini tidak hanya melibatkan pegawai sahaja tapi masyarakat secara keseluruhan termasuk warga kota, belia, murid tadika, pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, pelajar universiti, badan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar.

“Untuk SUF pertama ini, ahli-ahlinya terdiri daripada ahli majlis, Dewan Bandaraya, Konsul-konsul seluruh Sarawak akan menjadi peserta pertama,” katanya.

Untuk rekod, Malaysia telah melaksanakan lima program seumpamanya bermula di Shah Alam, Wilayah Persekutuan, Putrajaya, Kuala Lumpur dan Sarawak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU