ARTIKEL

SARAWAK perintis EKONOMI KARBON Borneo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Sarawak berpotensi mewujudkan tapak penyimpanan karbon dari hutan kekal bagi meng-galak penyerapan karbon dan menjalankan skim penanaman pokok untuk kredit karbon.

Malah, pelaksanaan kredit karbon ini menjadi salah satu inisiatif merangsang ekonomi Sarawak dengan pendapatan dianggarkan mencecah lebih RM1 bilion setahun.

Untuk rekod, Sarawak mempunyai kira-kira 7.7 juta hektar atau 62 peratus daripada keseluruhan kawasan tanahnya dilitupi hutan.

Ekonomi baharu ini seumpama “tiket percuma” untuk menjana pendapatan Sarawak.

Justeru, tujuh juta hektar diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi perhutanan mampan dan pemuliharaan di bawah Dasar Guna Tanah Sarawak.

Dalam perkembangan lain, Indonesia sedia bekerjasama dengan kerajaan Sarawak dalam perdagangan karbon, kata Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono.

Perkara itu antara yang dibincangkan semasa mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak pada Mei lepas.

Menurut Hermono, Sarawak dan Kalimantan, Indonesia yang berada di kepulauan Borneo mempunyai potensi besar dalam perdagangan karbon kerana kawasan hutannya yang belum diterokai.

KARBON BIRU

Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Shazali Johari, penyimpanan karbon di Sarawak boleh fokus kepada penyimpanan karbon biru. 

Terdapat tiga ekosistem utama disenaraikan iaitu bakau, rawang garam (paya dibanjiri air laut) dan rumput laut di bawah payung karbon biru.

Ujarnya, kajian lanjut dilakukan Penyelidikan Blue Carbon and Mangroves di UPM Kampus Bintulu yang diketuai Dr Waseem Razzaq Khan dan dibantu oleh Prof Dr Azlizam Aziz, Dr Jane Koh dan beliau sendiri.

“Umum mengetahui akar hutan bakau yang kompleks dan meluas melambatkan hakisan pantai dan mengha-lang banjir daripada gelom-bang ribut serta tsunami”. 

“Malah, ekosistem ini juga aktif menyokong hidupan liar pantai dan marin, yang menyumbang kepada mata pencarian masyarakat setempat.

“Justeru, ia juga berfungsi sebagai tempat penyimpanan karbon dalam ekosistem pantai iaitu 10 kali lebih tinggi berbanding ekosistem daratan.

“Bagi bakau, sebahagian besar karbon disimpan di bawah tanah dalam bentuk pemendapan disebabkan kadar penguraian yang rendah dalam persekitaran kekurangan oksigen – ditenggelami air,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Suara Sarawak.

Bagaimanapun ujarnya, perlindungan ekosistem bakau selalunya melibatkan kos yang tinggi.

Ini kerana, pihak berkepentingan seperti kerajaan, pemilik tanah dan syarikat konsesi pembalakan perlu diberi pampasan kerana menghentikan atau mengurangkan hasil kayu daripada hutan bakau.

Kos juga dikenakan kepada mereka untuk meningkatkan kesedaran tentang melindungi ekosistem ini dan memenuhi keperluan mereka secara mampan.

Wang, tenaga kerja, masa dan pengetahuan diperlukan untuk memulihkan ekosistem bakau dan menanam lebih banyak pokok bakau.

“Dana yang diperlukan untuk pemuliharaan dan pemulihan bakau boleh dijana dengan menjual kredit karbon yang dijana daripada ekosistem karbon biru ini.

KREDIT KARBON

“Kredit karbon dibeli oleh syarikat untuk mengimbangi kewajipan mereka di bawah undang-undang penetapan harga karbon, atau untuk meningkatkan penarafan alam sekitar, sosial, tadbir urus (ESG) mereka dan menunjukkan bahawa ia menyumbang kepada punca pengurangan perubahan iklim dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang lain,” ujarnya.

Terdapat kira-kira 80 spesies bakau di dunia, setiap spesies mempunyai keanehan biologinya sendiri dan setiap ekosistem hidup dalam persekitaran sosioekonomi-politiknya yang unik.

Perlindungan dan pemulihan hutan bakau boleh mendapat manfaat daripada penglibatan penyelidik tempatan, supaya kredit karbon biru berkualiti tinggi dapat dihasilkan yang memberi manfaat kepada pelabur, masyarakat tempatan dan alam sekitar.

“Tempat penyimpanan karbon penting untuk mitigasi perubahan iklim akibat pelepasan karbon.

“Dalam konteks ini, satu badan yang diberi tanggungjawab akan membuat kajian jumlah penyimpanan karbon dan pelepasan karbon di kawasan tertentu, jadi mereka kena silangkan.

“Sekiranya lebih, mereka dipertanggungjawabkan untuk bayar jumlah lebihan karbon yang dikeluarkan. Mereka bayar dalam bentuk kredit karbon.

Kalau sudah lebih had, nak keluarkan karbon lagi perlu bayar,” jelasnya.

PENJUALAN

Jelasnya, kredit karbon dihasilkan daripada lebihan tempat penyimpanan karbon di sesebuah negara. 

Penjualan tempat penyimpanan tersebut diperlukan dan mendapat permintaan daripada negara yang terus berkembang membangun sekali gus mengeluarkan lebihan karbon.

“Kawasan kredit karbon lebih kepada prihatin dengan penjagaan hutan atau konservasi hutan sedia ada di negara kita. 

“Penduduk setempat masih dibenar menikmati hasil hutan walaupun dijadikan kawasan kredit karbon. Bukan untuk jualan, tetapi kegunaan peribadi.

“Contohnya, di kawasan bakau, penduduk setempat ambil untuk dijadikan arang.

Ia dibolehkan tetapi harus ditanam semula.

Ini kerana kawasan bakau lebih mahal kredit karbon berbanding kawasan hutan lain,” ujarnya.

BERITA LAIN

Riadah di Bukit Gondol, Lundu

AKTIVITI mendaki sangat baik untuk tubuh badan serta kesihatan dan minda kita. Lazimnya, pendaki tegar mencari lokasi pendakian baharu untuk merasai pengalaman berbeza kerana mereka

Penuhi impian rakyat Malaysia

Signifikan dengan peristiwa dan perayaan penting, Pengurus Besar Kanan Perhubungan Strategik Kumpulan dan Komunikasi Petronas, Siti Azlina Abdul Latif berkata, mereka sentiasa berusaha merealisasikan impian

Gawai bukan sekadar tradisi

Tahun ini syarikat petroleum negara Petroliam Nasional Berhad (Petronas) memperkenal filem pendek terbaharu sempena sambutan Hari Gawai Dayak 2024. Filem Pesan Inik menampilkan usaha sinematik

Erat silaturahim masyarakat Jawa Sarawak

MAJLIS Malam Jalinan Silaturahim Persatuan Masyarakat Jawa Sarawak disambut meriah di Dewan Sri Lestari Kampung Sri Arjuna, Jalan Puncak Borneo. Bermula jam 8.00 malam, majlis

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)