PDRM cari Rizal, belasah pemborong sayur separuh mati

Sarawak perlu 1,500 jurutera kimia – Dr Sim

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Sarawak memerlukan lebih ramai tenaga kerja mahir jurutera kimia bagi menampung keperluan ekonomi baharu dalam penghasilan hidrogen hijau.

Timbalan Premier Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata bagi memperkasakan produktiviti ekonomi hijau, Sarawak memerlukan sekurang-kurangnya 1,500 jurutera kimia.

Mengulas mengenai perkara itu, katanya setakat ini kebanyakan jurutera kimia yang berkhidmat di Sarawak merupakan warga asing.

“Loji kuasa Singapura akan menggunakan hidrogen sifar karbon mulai 2028, Sarawak akan mula mengeluarkan hidrogen tahun depan dan kita memerlukan 1500 jurutera kimia.

“Pengambilan jurutera kimia tempatan sukar dilakukan kerana ketika ini bakat tempatan sangat terhad,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam rakan video Program Heart Talk Musim Pertama yang dimuat naik di akaun Facebooknya semalam.

Sarawak adalah satu-satunya tempat yang menghasilkan hidrogen hijau berskala besar di rantau ini.

Menurutnya lagi, hasil keluaran tahun 2023 sudah habis dijual ke negara seperti Jepun dan Korea.

“Hidrogen Hijau mendapat permintaan tinggi yang dicipta menggunakan kuasa hidro bersih dan kita boleh menjualnya dengan harga yang tinggi

“Hidrogen kita yang akan dihasilkan tahun hadapan, telah ditempah sepenuhnya oleh Jepun dan Korea,” katanya.

Pada waktu yang sama, katanya pekerjaan tempatan yang dicipta untuk memenuhi Ekonomi Baharu global sedang menunggu bakat Sarawak untuk diisi untuk beberapa tahun akan datang.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru

Hias meja konsol

HIAS meja konsol harus mengambil kira ruangan bilik untuk memastikan