ARTIKEL

Sarawak perlu gandakan ukuran ekonomi capai status negeri maju menjelang 2030

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak perlu menggandakan ukuran ekonomi dari RM136 bilion pada tahun 2019 kepada RM282 bilion pada tahun 2030, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, bagi mencapai sasaran ini, ekonomi Sarawak perlu berkembang secara purata antara enam peratus hingga lapan peratus setahun sehingga 2030.

“Sarawak bercita-cita menjadi sebuah negeri maju menjelang 2030. Sarawak akan menjadi masyarakat yang berkembang maju didorong oleh data dan inovasi dengan setiap orang menikmati kemakmuran ekonomi, inklusif sosial dan persekitaran yang mampan.

“Masyarakat yang inklusif bermaksud bahawa semua orang Sarawak akan mempunyai peluang yang sama untuk terlibat dalam pembangunan keseluruhan negeri dan menikmati pengagihan kekayaan adil melalui pekerjaan dan peluang perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Pelan Strategi Pembangunan 2030 pasca-Covid-19 di sini hari ini.

Tambah Abang Johari, kelestarian alam sekitar merupakan bahagian yang tidak terpisah daripada inisiatif pembangunan Sarawak.

“Ini untuk memastikan persekitaran yang bersih dan sihat untuk generasi semasa dan akan datang.

“Bagi melangkah ke hadapan Sarawak akan berinovasi menggunakan data untuk meningkatkan produktiviti, mengembangkan produk bernilai tinggi, meningkatkan keselamatan penduduk dan aset kita serta meningkatkan usaha pemuliharaan alam sekitar,” jelasnya.

Oleh itu, menurutnya, terdapat empat objektif utama digariskan dalam Pelan Strategi Pembangunan 2030 pasca-Covid-19.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU