Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Sarawak perlu kekalkan 56 peratus litupan keluasan hutan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Len Talif bersama isteri, Datin Asiah Aweng dan ahli keluarga merakam gambar kenangan pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediamannya, di sini hari ini.

KUCHING: Sarawak perlu mengekalkan sekurang-kurangnya 56 peratus litupan keluasan hutan dalam usaha menangani pemanasan global.

Timbalan Menteri Perancang Bandar Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata litupan keluasan hutan perlu dipertingkatkan bagi menangani kesan rumah hijau yang menyumbang kepada pemanasan global.

“Litupan hutan memainkan peranan penting untuk memastikan pengeluaran karbon dioksida ke udara dapat dikurangkan pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediamannya, di sini hari ini.

Menurut Len, cuaca panas dan ekstrem kini dialami dan memberi kesan kepada seluruh dunia.

Justeru, katanya semua pihak perlu memainkan peranan dalam menangani pemanasan global yang berlaku ketika ini.

“Selain itu, kita harus terlibat dalam tenaga bersih terutama dalam pengangkutan awam kerana ia menyumbang karbon dioksida ke atmosfera, begitu juga dengan aktiviti yang lain.

“Ini bermakna setiap kita mempunyai peranan yang harus dimainkan untuk memastikan kita dapat tangani perubahan iklim dan cuaca ekstrem di seluruh dunia,” katanya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru