Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

Sarawak perlu lebih ramai pakar bedah plastik

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Pengarah Hospital Umum Sarawak (HUS) Dr Ngian Hie Ung menyempurnakan perasmian Simposium Pembedahan Plastik Borneo 2023 di Hotel Imperial di sini pada Jumaat.

KUCHING: Sarawak memerlukan lebih ramai pakar bedah plastik untuk ditempatkan di hospital-hospital utama di negeri ini, kata Pengarah Hospital Umum Sarawak (HUS) Dr Ngian Hie Ung.

Menurutnya, ia sekali gus dapat mengurangkan kesesakan serta beban tugasan Unit Kebakaran HUS yang satu-satunya terdapat di hospital tersebut.

Setakat ini, unit berkenaan mempunyai wad pengasingan dengan 10 katil yang diuruskan oleh empat pakar bedah plastik.

“Sebagai satu-satunya Unit Kebakaran di Sarawak dengan Pakar Bedah Plastik, ia ditugaskan untuk menerima pesakit bagi rawatan kebakaran dan melecur daripada fasiliti penjagaan kesihatan dari seluruh Sarawak.

“Saya berharap Sarawak akan mendapatkan lebih ramai Pakar Bedah Plastik tidak lama lagi supaya mereka boleh ditempatkan di hospital-hospital utama lain di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Simposium Pembedahan Plastik Borneo 2023 di Hotel Imperial di sini pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Dr Ngian mendedahkan selain HUS, Hospital Bintulu juga memiliki Unit Kebakaran yang baharu, namun tiada pakar bedah plastik dan diuruskan oleh pakar bedah am.

“Pada tahun 2022, seramai 1,029 pesakit telah dirawat di Wad Kebakaran, HUS sebagai pesakit dalaman dan luar.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru