Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Sarawak perlu ramai jurutera kimia

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Sarawak memerlukan lebih ramai jurutera kimia untuk menyokong dan memacu industri petrokimia negeri ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, terdapat keperluan untuk lebih ramai jurutera kimia di negeri ini memandangkan adanya dua cadangan pelaburan petrokimia di Bintulu.

“Terdapat dua cadangan pelaburan petrokimia masuk ke Sarawak, masing-masing bernilai AS$6 bilion. Pelaburan ini adalah berkaitan pengasingan gas masam di loji Bintulu, ia merupakan satu proses yang rumit.

“Oleh itu, dengan pelaburan ini, tidak termasuk loji metanol. Kita memerlukan ramai jurutera kimia.

“Dengan itu, saya ingin menggesa Institut Jurutera Malaysia (IEM) untuk menarik lebih ramai belia untuk mengambil kejuruteraan kimia,” katanya pada Majlis Makan Malam Tahunan IEM Cawangan Sarawak di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, katanya Sarawak turut mempunyai rizab gas baik kerana lebih 60 peratus daripada rizab gas Malaysia adalah di negeri ini.

“Justeru, kita mesti menambah nilai kepada gas ini dan bukan lagi hanya mengeksport gas asli cecair (LNG). Banyak boleh diproses daripada gas yang kita ada.

“Untuk itu, kami memerlukan ramai jurutera kimia yang akan memacu industri petrokimia negeri ini. Saya yakin bahawa menjelang 2030, Sarawak akan menjadi pengeluar produk petrokimia di Malaysia,” ujarnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru