Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Sarawak perlu ramai kontraktor elektrik berkelayakan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Julaihi pada sidang media selepas merasmikan Bengkel Pelaksanaan ALAF di Sarawak di Kuching, hari ini.
Julaihi pada sidang media selepas merasmikan Bengkel Pelaksanaan ALAF di Sarawak di Kuching, hari ini.

KUCHING: Sarawak memerlukan lebih ramai kontraktor elektrik yang berkelayakan bagi mempercepatkan projek penyambungan elektrik di bawah projek Dana Permohonan Lewat dan Tambahan (ALAF).

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi berkata, setakat ini hanya terdapat 20 kontraktor yang layak dan berdaftar dengan Sarawak Energy dan dibahagikan kepada 30 pasukan di seluruh negeri bagi melaksanakan projek tersebut.

“Tetapi bilangan ini tidak mencukupi untuk mengendalikan sejumlah 40,000 permohonan baharu di bawah projek ALAF di seluruh negeri.

“Justeru, kita memerlukan tambahan kontraktor yang sanggup untuk bekerja serta ditempatkan di kawasan pedalaman bagi membantu untuk mencapai sasaran 100 peratus rakyat menikmati bekalan elektrik secepat mungkin,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Bengkel Pelaksanaan ALAF di Sarawak di sini, hari ini.

Beliau berharap makmal tersebut dapat menyediakan platform kontraktor yang kompeten tanpa menjejaskan keselamatan dan pematuhan terhadap amalan standard.

Tambahnya, setakat ini liputan capaian elektrik di Sarawak sudah mencapai 98.6 peratus.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru

Majukan badminton

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) dan Badminton Asia semalam menandatangani Perjanjian