Trending

Sarawak perlu tambahan hotel, pusat konvensyen anjur acara perniagaan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Sarawak memerlukan hotel dan pusat konvensyen tambahan untuk memenuhi permintaan dan menarik lebih banyak konvensyen serta persidangan berskala besar. 

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif, Dan Seni Persembahan, Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, tanpa fasiliti mencukupi, usaha pemasaran Sarawak menjadi sia-sia.

“Tidak ada gunanya pemasaran di seluruh dunia cuba membawa masuk konvensyen dan persidangan jika kita tidak mempunyai infrastruktur yang mencukupi.

“Sekiranya pusat konvensyen hanya mampu menampung 4,000 hingga 5,000 orang, agak sukar untuk kita membawa masuk acara dengan bilangan perwakilan melebihi kapasiti itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Anak Sarawak ke-10 anjuran Business Events Sarawak (BESarawak) yang disempurnakan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Sehubungan itu katanya, rancangan Abang Johari untuk menubuhkan sebuah lagi pusat konvensyen di Kuching menandakan satu langkah proaktif ke arah memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam industri acara perniagaan.

Selain itu kata Abdul Karim, Sarawak berjaya menganjurkan 100 acara perniagaan yang menghasilkan kesan ekonomi keseluruhan sebanyak RM230.3 juta pada 2022.

“Perbelanjaan perwakilan sahaja menyumbang kira-kira RM125.1 juta manakala hasil cukai mencecah RM13.8 juta. Acara tersebut juga memainkan peranan penting dalam mewujudkan 18,275 peluang pekerjaan.

“Kejayaan itu tidak berakhir di sini. Sarawak turut memenangi setiap bidaan antarabangsa tahun lepas yang menyumbang kepada kadar kejayaan 100 peratus, peningkatan 15.8 peratus pada 2020 dan 7 peratus pada 2021,” ujarnya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru