Sarawak perlukan 150 beg darah sehari

KUCHING: Sebanyak 150 beg darah diperlukan setiap hari di seluruh hospital di negeri ini.

Ketua Jabatan Transfusi dan Bank Darah Dr Mohammad Masrin Md Zahrin berkata, secara purata 150 peket darah diperlukan di seluruh hospital umum dan swasta di Sarawak setiap hari.

“Sebanyak 150 beg darah bersamaan dengan 150 penderma setiap hari diperlukan di negeri kita.

“Pada 2018, jabatan kami berjaya mengutip 50,853 beg darah dan dibekalkan kepada 20,000 pesakit,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan alu-aluannya pada Majlis Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Negeri Sarwak 2019 di sini, semalam.

Tambah Masrin, beliau menggalakkan golongan belia bersama-sama menderma darah untuk menyelamatkan nyawa pesakit.

Selain itu, beliau menyatakan sasaran mereka dalam program itu adalah 2,500 pengunjung.

Dalam program tersebut, seramai 100 orang dari Persatuan Berbasikal Sarawak mengadakan kempen jalanan dan memberi ceramah yang bertemakan Pocket Talk.

Suara Sarawak