ARTIKEL

Sarawak perlukan 45,000 pekerja asing

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sektor minyak sawit Sarawak kini dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan tenaga kerja, apabila mengalami kekurangan seramai 45,000 pekerja asing.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pemilik Ladang Sawit Sarawak (SOPPOA) Dr. Felix Moh Mee Ho berkata, keadaan itu menyebabkan banyak syarikat perladangan utama beroperasi pada tahap kritikal dengan kekurangan 50 peratus tenaga kerja di lapangan.

“Dijangkakan kekurangan itu menjadi lebih teruk tahun ini jika isu tidak ditangani segera,” katanya dalam kenyataan, semalam. Selain itu, Dr. Felix berkata, cuaca buruk, banjir dan kemusnahan dalam rantaian bekalan juga menjejaskan pengeluaran tahun lepas secara negatif.

Namun, katanya permintaan dunia terhadap minyak sawit sangat menggalakkan.  Menjelas lanjut beliau berkata, data MPOB menunjukkan pada tahun lepas, nilai eksport minyak sawit Malaysia melonjak hampir 50 peratus walaupun volum kirakira 10 peratus kurang berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

“Ini disokong harga purata minyak sawit mentah yang tinggi pada tahun lepas,” katanya. Sementara, Pengerusi SOPPOA Eric Kwong Seng berkata, sektor minyak sawit Sarawak telah memberikan 100 peratus usaha dalam melaksanakan prinsip Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

Menurutnya selain faktor kos, ia memerlukan banyak kerja keras dan komitmen untuk melaksanakan MSPO.  “Sepanjang 12 tahun, tidak dapat dinafikan MSPO meningkatkan kemampanan dalam industri minyak sawit.

“Ini termasuk keperluan dan amalan kemampanan terkini yang mengukuhkan kedudukan komitmen Malaysia untuk meningkatkan peranan kemampanan minyak sawit dan mendapatkan keyakinan pengguna,” katanya.

Sehubungan itu Eric menegaskan, kerajaan dan pihak berkuasa harus bekerjasama untuk mempromosikan dan memastikan pengiktirafan MSPO sebagai skim pensijilan yang boleh dipercayai oleh semua pemain minyak sawit merentasi rantaian bekalan.

BERITA LAIN

Dua saspek curi motosikal berjaya dicekup

MIRI: Seorang lelaki tempatan dan warganegara Indonesia yang terlibat dalam kes curi motosikal berjaya ditangkap oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)

Tujuh lelaki ditangkap terlibat sabung ayam

MIRI: Tujuh lelaki berjaya ditangkap dalam serbuan sabung ayam di kawasan Kampung Bersatu, di sini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga

BERITA TERBARU

Dua saspek curi motosikal berjaya dicekup

MIRI: Seorang lelaki tempatan dan warganegara Indonesia yang terlibat dalam kes curi motosikal berjaya ditangkap oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)

Pelakon veteran, Kamal Bakar meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Kamaruldzaman Bakar atau lebih dikenali Kamal Bakar meninggal dunia di Hospital Melaka awal pagi ini. Pemergian pelakon itu pada usia 62

Awas cuaca panas, jerebu

BARU-BARU ini, kita dikejutkan dengan insiden strok haba dan demam yang melibatkan kanakkanak. Ia disebabkan keadaan cuaca panas atau fenomena El Nino yang turut dipengaruhi

Tujuh lelaki ditangkap terlibat sabung ayam

MIRI: Tujuh lelaki berjaya ditangkap dalam serbuan sabung ayam di kawasan Kampung Bersatu, di sini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga