ARTIKEL

Sarawak perlukan 50 pereka bentuk cip

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak merupakan salah satu universiti yang membantu Sarawak melahirkan pakar pereka bentuk cip di negeri ini.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia dapat dilihat apabila universiti tersebut menawarkan beberapa kursus berhubung kait dengan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi maklumat (IT) sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD).

“Jadi ini dapat menampung Sarawak untuk mengeluarkan pakar dalam reka bentuk ini. “Kita berkehendakkan banyak pereka cip dan sudah tentu kita mesti mempunyai beberapa disiplin yang hubung kait dgn AI dgn IT termasuk di Universiti Teknologi Swinburne ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Graduasi Swinburne di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam. 

Menjelas lanjut, Abang Johari mendedahkan Sarawak berkehendakkan pereka bentuk cip ekoran peranti reka bentuk yang sering bertukar pada masa ini. 

“Sebab itu satu kajian hendak dibuat untuk mewujudkan satu reka bentuk yang sepadan dengan peranti yang baharu.

“Sebab itu kita lihat dalam industri IT ini ia cepat membangun, kelajuannya sangat pantas. Jadi maknanya kemahiran pakar dalam bidang ini hendaklah dinaik taraf di universiti,” ujarnya. 

Beliau mendedahkan Sarawak kini memerlukan sekurang-kurangnya 30 lagi pakar pereka bentuk cip untuk berkhidmat di negeri ini.

“Kini kita (Sarawak) mempunyai 20 pereka cip dan, kita berkehendakkan 50 pereka… maksudnya sekarang ini kita berkehendakkan 30 lagi (pereka cip).

“Ini kerana Sarawak sudah melakukan perkhidmatan reka bentuk cip untuk X-FAB di sini,” katanya sambil menambah lebih ramai rakyat Sarawak telah pulang dari luar negara untuk bekerja di negeri ini.

Beliau berkata Kerajaan Pulau Pinang boleh bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak dalam industri IT.

“Pulau Pinang mempunyai asas dan Intel di negeri mereka. Jadi, apa yang berlaku pada masa ini, kita masih ada ruang untuk kita kembangkan industri ini,” katanya lagi. Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Pengerusi Lembaga Pengarah Swinburne Sarawak Datuk Amar Jaul Samion turut hadir.

LAIN-LAIN BERITA

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais

IPD Kuching akan perkenal platform e-aduan

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching akan memperkenalkan platform e-aduan untuk memudahkan masyarakat menyampaikan aduan jenayah secara dalam talian kepada pihaknya. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais