ARTIKEL

Dr Rundi (lima kiri) dan Abdullah (empat kanan) bergambar bersama tetamu lain dan penduduk Rumah Jablin. - Foto: UKAS

Sarawak perlukan kawasan jelapang padi yang lebih luas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR: Sarawak memerlukan kawasan yang lebih luas dan sistem pengairan yang cekap untuk merealisasikan impian menjadi negeri jelapang padi, seterusnya menyumbang kepada pasaran eksport beras.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD), Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, berkata setakat ini, Sarawak hanya mempunyai keluasan sebanyak 196 hektar di Stumbin, Sri Aman, yang masih belum mampu untuk memenuhi kehendak serta keperluan domestik.

Sehubungan itu, menurutnya, fokus Sarawak ketika ini adalah untuk menambah lokasi baharu bagi penanaman padi serta menyediakan kemudahan infrastruktur moden dan lengkap sebagai sokongan.

“Bagi memenuhi keperluan negeri ini sahaja dan pasaran luar, kita memerlukan sekitar 20,000 hektar untuk diusahakan sebagai tanaman padi yang dapat dituai lebih daripada semusim bagi tempoh setahun pada masa akan datang.

“Pengeluaran setakat ini hanya sekitar 32 peratus dan selebihnya terpaksa diimport dari luar kerana kita hanya dapat mengeluarkan antara satu hingga 1.5 metrik tan beras satu hektar.

“Oleh itu, kerajaan mengkaji padi hibrid dari negara luar untuk diusahakan di negeri ini tanpa mendatangkan kesan negatif dan menjejaskan benih padi tempatan,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Gawai Dayak 2024 Peringkat N.42 Semop di Rumah Jablin, Sungai Sian di Bintangor semalam.

Dalam ucapan sama, Dr Rundi turut menyeru penanam padi yang ingin mencuba padi hibrid dari negara luar agar mengikut prosedur ditetapkan.

Katanya, langkah ini amat penting agar kesan jangka pendek dan panjang dalam isu benih padi tidak memberi kesan negatif kepada semua aspek.

Beliau juga berpesan agar semua petani dapat berdaftar dalam Sistem E-Tani agar semua bantuan dapat diagihkan dengan betul dan lebih efisien.

Turut hadir di majlis itu ialah Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, Datuk Abdullah Saidol, Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak, Romeo Christopher Tegong, Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak Dominic Chunggat, wakil Residen Bahagian Sarikei, Donald Gani, Pemangku Pegawai Daerah Meradong, Thomas Geoffrey Kendawang, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum serta penduduk Rumah Jablin.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya