ARTIKEL

Foto: Lee Kim Shin (berdiri empat kanan) menyaksikan MoU SOP Pencegahan dan Kebakaran Gambut bagi Pemilik Tanah Persendirian oleh lapan orang wakil pemilik tanah, semalam.

Sarawak pertama di Asia Tenggara penuhi keperluan Perjanjian Paris 2015

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Sarawak bakal mendahului negeri lain di Malaysia dan Asia Tenggara dalam memenuhi keperluan Perjanjian Paris 2015 bagi menangani perubahan iklim.

Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata ini dapat dilihat melalui campuran penjanaan tenaga semasa yang kebanyakannya terdiri daripada 70 peratus kuasa hidro, dan intensiti pelepasan karbon sistem kuasa Sarawak yang telah dikurangkan sebanyak 73 peratus antara tahun 2010 dan 2021.

“Kita sedang meneroka cara untuk menyahkarbon sistem pengangkutan kita menggunakan Transit Aliran Autonomi (ART) dan disepadukan dengan penyelesaian digital bagi mencipta pengalaman yang lancar menggunakan sel bahan api hidrogen.

“Ini menjadi asas ke arah penyahkarbonan sistem pengangkutan awam kita dengan matlamat untuk mengurangkan jejak karbon daripada pengangkutan darat sebanyak 15 peratus menjelang 2030,” katanya. 

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Lee Kim Shin, pada Majlis Pemeteraian Memorandum Usahasama (MoU) Prosedur Operasi Standard (SOP) Pencegahan dan Kebakaran Gambut bagi Pemilik Tanah Persendirian di sini, semalam. 

Baca lain  Aksi SU FC lawan Perak FC II ditunda

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan Sarawak juga merupakan negeri pertama yang mempunyai undang-undang untuk mengawal selia penyimpanan karbon dan pengurangan pelepasan karbon di Malaysia. 

Katanya, ia telah dipinda kepada Peraturan Kanun Tanah Sarawak (Penyimpanan Karbon) 2022 dan penggubalan Peraturan Hutan (Aktiviti Karbon Hutan) 2022 untuk memudahkan perdagangan karbon.

“Inisiatif ini diperkukuhkan lagi apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Alam Sekitar (Pengurangan Pembebasan Gas Rumah Hijau) pada 20 November 2023 yang bertujuan untuk mengawal selia pelepasan gas rumah hijau. 

“Selain itu, ia juga menggalakkan penangkapan dan penyimpanan karbon (CCUS) serta mengurangkan kesan perubahan iklim untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050,” katanya. 
 
Pada masa sama, beliau berkata, pemeteraian MoU ini juga merupakan satu peristiwa penting bagi Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) yang menggambarkan inisiatif khusus bagi mencegah kebakaran gambut di Kuala Baram, dengan kerjasama dan bantuan daripada pemilik tanah persendirian.

“Ini adalah inisiatif hebat dan terancang daripada NREB untuk menangani kejadian kebakaran gambut yang berulang di Kuala Baram yang mempunyai kira-kira 8,000 hektar kawasan terdedah kebakaran gambut di sekitar Bandar Baru Permyjaya, Desa Senadin dan Universiti Curtin Malaysia.

Baca lain  Tugas cef di atas kapal bukan mudah - Zainal

“Usaha itu akhirnya membuahkan hasil dalam menangani masalah ini dengan penurunan ketara kawasan gambut yang terbakar sebanyak 2,218 hektar pada 2019 kepada 683.5 hektar pada 2020 dan hanya 14.5 hektar pada tahun 2023,” ujarnya.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,