ARTIKEL

Sarawak pertaruh pemain dalam Kejohanan Para Badminton Sirkit 2 Kebangsaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Himpunan pemain berpengalaman dan baharu menjadi sandaran Sarawak untuk menghadapi Kejohanan Para Badminton Sirkit 2 Kebangsaan yang dijadual berlangsung di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan, Kuala Lumpur dari 23 hingga 26 November ini.

Ketua jurulatih, Suhaili Laiman menegaskan, barisan pemain terbabit akan berentap dalam dua kategori iaitu perseorangan dan beregu.

Menurut Suhaili, antara barisan pemain terbabit ialah Ashley Irenaeus Jeck, Hazery Serbani, Nik Areffin Putit, Moud. Aqil Haziq Nong Chee, Gregory Anak Kanyan, Nusyazwani Shahrom, Muhammad Adam Harrith Anthony, Joe Abbel Joseph Sidemy dan Ardilles Benson dalam kategori perseorangan.

“Sementara itu, enam pemain yang akan berentap dalam kategori beregu ialah Hazery Serbani, Moud. Aqil Haziq Nong Chee, Nik Ariffen Putit, Gregory Kanyan, Muhammad Adam Harrith Anthony dan Joe Abbel Sidemy.,” ujar Suhaili kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau percaya barisan pemain yang dipertaruhkan pada kejohanan itu kelak mampu mencipta kejutan, bahka menyumbang pingat.

“Apa yang diharapkan, pemain dapat fokus pada aksi sebenar kelak.

“Malah, dengan pengalaman yang ada akan menjadi penanda aras terbaik untuk mereka mempamerkan aksi cemerlang seperti diharapkan,” tambah Suhaili.

LAIN-LAIN BERITA

TNB buru gelaran treble

KUALA LUMPUR: Setelah menamatkan kemarau 21 tahun untuk merangkul kejuaraan Liga Hoki Malaysia (LHM) 2024 semalam, Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini dalam misi memburu gelaran

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan