ARTIKEL

Abang Johari (dua kiri) bersalaman dengan pelajar Sarawak di Leeds pada majlis makan tengah hari yang diadakan di sebuah hotel sempena lawatannya selama seminggu ke sini, London dan Poland. - Foto: UKAS

Sarawak pertimbang hantar pelajar siswazah ke luar negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LEEDS: Kerajaan Sarawak akan mempertimbangkan menghantar pelajar siswazah untuk mengikuti pengajian pasca siswazah ke luar negara.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata inisiatif itu, selain pelaksanaan pendidikan tinggi percuma di universiti milik Sarawak menjelang 2026, adalah bagi membentuk teras modal sumber manusia Sarawak bagi membolehkan Sarawak terus maju dengan usaha ekonomi baharu.

Sambil menyifatkan ekonomi baharu Sarawak sebagai ekonomi yang dibina atas sumber boleh diperbaharui dan kelestarian alam sekitar dan pendigitalan, negeri ini memerlukan lapisan kedua pemimpin dalam sektor korporat dan kerajaan untuk memajukan lagi ekonomi.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap kepada 15 pelajar Sarawak yang menuntut di universiti di sini pada majlis makan tengah hari yang diadakan di sebuah hotel sempena lawatannya selama seminggu ke sini, London dan Poland.

Memetik penubuhan Pusat Penyakit Berjangkit Tropika Sarawak di Kota Samarahan, Abang Johari berkata pusat itu memerlukan bakat dalam bidang farmasi, kimia, biologi dan mikrobiologi agar ia mempunyai keupayaan membangunkan vaksin baharu bagi penyakit tropika.

Manakala dari segi tenaga boleh diperbaharui, beliau menyifatkan Sarawak berada di hadapan di negara ini dengan semua parameter undang-undang ditetapkan dengan kelulusan undang-undang baharu yang pastinya memerlukan khidmat bakat baharu dalam bidang berkaitan.

Sementara itu, Premier dan ahli rombongannya tiba di sini malam tadi untuk melawat loji janakuasa Drax dekat sini yang dijana oleh tenaga biojisim.

Selain itu, mereka turut ke London untuk mendapatkan kerjasama dengan syarikat British bagi membangunkan sebatian semikonduktor manakala di Poland, untuk mengambil bahagian dalam Forum Hidrogen Eropah Tengah.

Hadir sama, Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, dan Ketua Setiausaha Politik kepada Premier, Fazzruddin Abdul Rahman.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU