ARTIKEL

Abang Johari (tengah) merasmikan Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024 di Tebingan Sungai Kuching, di sini, hari ini. Foto: Ramidi Subari

Sarawak peruntukkan RM1.08 bilion dana sendiri tukar paip air seluruh negeri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyeru kepada Kerajaan Persekutuan untuk memberi peruntukan tambahan bagi menaik taraf seluruh sistem saluran paip air di Sarawak.

Beliau berkata, tahun ini sahaja Kerajaan Sarawak sendiri telah membelanjakan RM294 juta untuk menukar paip usang dari Kuching hingga ke Sri Aman dan utara Sarawak.

“Saya harap Kerajaan Persekutuan mungkin boleh bantu kita (Sarawak).

“Kita punya paip air banyak yang bocor. Paip kita paip lama, daripada ‘Brooke’ (zaman pemerintahan James Brooke) dahulu. Brooke dah tak ada lagi, buruk ada (paip).

“Sebab itu kita perlu menukar paip ini. Sarawak memperuntukkan RM1.08 bilion untuk menukarkan paip bagi seluruh negeri ini, yang mana ia adalah dana Sarawak sendiri.

“Kalau boleh, boleh tampung-tampung sikitlah. Tahun ini kita belanja RM294 juta untuk menukar paip di Kuching hingga Sri Aman, sampai ke utara Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Hari Perasmian Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024 di Tebingan Sungai Kuching di sini, hari ini.

Selain itu, Abang Johari juga memaklumkan tentang pentingnya penggunaan teknologi digital dalam pengurusan air, dengan menyimpan data mengenai sistem paip untuk pemantauan dan penyelenggaraan yang lebih berkesan.

“Apa yang kita (Kerajaan Sarawak) buat, paip itu kita masuk dalam data kita. Kalau berlaku masalah di bahagian tertentu, kita tahu ia (bahagian paip) rosak di mana.

“Jadi ini adalah satu daripada digitalisasi yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak, yang menjadi satu peranan kita untuk menukarkan paip kita supaya pengurusan air akan lebih mampan dan menjimatkan wang,” ujarnya.

Justeru, kata Abang Johari, kalau ada kerjasama yang erat di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, maka Malaysia boleh menjadi pemain utama dalam peralihan tenaga dunia.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian serta Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Seri Julaihi Narawi.

BERITA LAIN

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri