ARTIKEL

Uggah (tiga kanan) menyerahkan bantuan kepada wakil PIBG SK Tatau. - Kredit: UKAS

Sarawak pesat membangun selari dengan PCDS 2030

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Sarawak terus pesat membangun dengan pelbagai projek-projek pembangunan, terutamanya melalui Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata kepesatan ini bagi memastikan rakyat dapat menikmati kemakmuran ekonomi dan pendapatan tinggi menjelang tahun 2030.

Justeru, katanya, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di setiap cawangan di seluruh Sarawak perlu memainkan peranan penting dengan mengambil tahu tentang program yang dijalankan.

“Jadi, apa peranan kita di cawangan PBB? Peranan kita sebagai cawangan PBB adalah untuk ambil tahu tentang bantuan yang disediakan oleh kerajaan, terutamanya dari segi meningkatkan taraf ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Program Ngabang Gawai Begulai Enggau Datuk Amar Douglas Uggah Embas di sini semalam.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban itu berkata ilmu pengetahuan serta kemahiran amat penting pada zaman teknologi kini untuk mempertingkatkan taraf hidup dan ekonomi sesebuah keluarga. 

“Oleh demikian, peranan guru serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) amat  penting dalam pendidikan anak-anak sehingga mereka berjaya,” jelasnya.

Pada majlis tersebut, Uggah serta Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang dan Adat Bumiputera), Datuk Jefferson Jamit, turut mengumumkan peruntukan masing-masing sebanyak RM30,000 dan RM20,000 kepada Cawangan PBB Kakus. 

Selain itu, turut disampaikan adalah cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada SK Iban Union, SK Sungai Bawang, SK Sungai Anak, SK Ulu Arip, SK Sungai Tau dan SK Tatau.

Manakala itu, Ahli Parlimen Selangau, Edwin Banta, turut menyampaikan cek MRP kepada SMK Tatau sebanyak RM34,000.

Turut disampaikan juga, insentif pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) serta insentif melanjutkan pelajaran kepada 13 orang anak ahli PBB Cawangan Kakus.

Turut hadir, ADUN Katibas, Lidam Assan, Senator Michael Mujah Lihan serta tetamu kehormat lain.

Uggah serta dif-dif kenamaan lain melakukan perasmian simbolik bagi Program Ngabang Gawai Begulai Enggau Datuk Amar Douglas Uggah Embas semalam. – Kredit: UKAS

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU