NGENJEN DI SEMANDIN animasi bahasa Sarawak pertama di Malaysia

Trending

Sarawak, Petronas terus perkukuh hubungan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Dr Hazland Abang Hj Hipni menyampaikan cenderahati kepada Naib Presiden dan Ketua Pegawai Kelestarian Petronas Charlotte Wolf-Bye di Kuching, pada Isnin.

Dr Hazland Abang Hj Hipni menyampaikan cenderahati kepada Naib Presiden dan Ketua Pegawai Kelestarian Petronas Charlotte Wolf-Bye di Kuching, pada Isnin.

KUCHING: Kerajaan Sarawak terus mengukuhkan hubungan perdagangan dan kerjasama strategik dengan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) khususnya dalam bidang penorakaan tenaga baharu.

Dalam usaha itu, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Dr Hazland Abang Hipni menghadiri taklimat korporat daripada Petronas di Wisma Naim pada Isnin.

Ia bagi membincangkan dan berkongsi Pelan Hala Tuju Kelestarian Petronas dan usaha untuk menyahkarbonkan organisasi, khususnya aktiviti kelestarian di Sarawak.

Delegasi Petronas yang diketuai oleh Naib Presiden dan Ketua Pegawai Kelestarian, Charlotte Wolf-Bye itu turut membincangkan mengenai aktiviti-aktiviti pihaknya di Sarawak termasuk bidang penerokaan baharu, penyahkarbonan operasi, kuantifikasi gas rumah hijau serta teknologi baharu untuk masa hadapan.

Dr Hazland dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih kepada delegasi tersebut atas taklimat dan perkongsian mereka serta ingin mengadakan dialog dan perkongsian yang lebih terbuka antara Kerajaan Sarawak dan Petronas pada masa hadapan.

Untuk rekod, melalui Perjanjian Penyelesaian Komersial (CSA) yang ditandangani antara Kerajaan Sarawak dan Petronas, negeri ini terus mendapat pelbagai manfaat.

Baca lain  Bunuh rakan sekerja, lelaki Indonesia berdepan tali gantung

Antaranya mengawal semua aktiviti perlombongan minyak di kawasan pesisir Sarawak serta mendapat manfaat dengan mengeluarkan Pajakan Perlombongan dan Lesen Penerokaan Minyak kepada Petroleum Sarawak Berhad (Petros).

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

9 Jun 2023

Berita Terbaru