ARTIKEL

Sarawak puas hati peruntukan Belanjawan 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTULU: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberitahu beliau berpuas hati dengan peruntukan berjumlah RM5.8 bilion yang diterima wilayah ini dalam Belanjawan 2024.

Menurutnya, walaupun sebenarnya Sarawak mahukan peruntukan yang lebih tinggi, namun pihaknya faham kerana terdapat kekangan yang menyukarkan perkara itu direalisasikan.

“Secara keseluruhan saya berpuasa hati dengan peruntukan tersebut.

Pada saya ia ok.

Apa yang lebih penting adalah wilayah ini sudah mempunyai wakil dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Perkara itu wajib.

“Kemudian, di situlah mungkin kita boleh membincangkan Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan (mengenai pemberian khas tahunan yang akan diberikan kepada negeri di bawah Perkara 112D,” katanya.

Presiden PBB itu berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Khas PBB Zon Utara di Dewan Suarah Bintulu, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Perpaduan Madani kerana memberikan peruntukan yang begitu besar kepada Sarawak di bawah Bajet 2024.

“Ia bukan sahaja terhad kepada peruntukan RM5.8 bilion, tetapi ada juga kementerian lain yang mempunyai peruntukan tersendiri untuk Sarawak.

Dalam erti kata lain, ia boleh melebihi RM5.8 bilion.

“Peruntukan itu juga termasuk untuk pembangunan infrastruktur seperti Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) serta untuk pendidikan, yang saya rasa boleh membantu kita dalam perancangan pembangunan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau mengucap terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana menyokong cadangan pembinaan Pusat Kanser Sarawak di bawah Belanjawan 2024.

LAIN-LAIN BERITA

TYT Sarawak bulih gelar Pehin Sri

KUCHING: Tuai Pemegai Menua (TYT) Nengeri Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar udah nerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Satria Bintang Sarawak (S.B.S) ke

BERITA TERBARU

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais