Trending

Sarawak raih lima pingat dalam Kejohanan Tinju Piala Malaysia 2021

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Lima petinju skuad Sukma Sarawak mencipta kejayaan apabila berjaya meraih pingat pada Kejohanan Tinju (Lelaki & Wanita) Piala Malaysia 2021 yang berlangsung di Kompleks Sukan, Majlis Sukan Negara (MSN), Nilai Negeri Sembilan.

Kelima-lima mereka ini meraih satu pingat emas, dua pingat perak dan dua pingat gangsa.

Pingat emas tunggal disumbangkan oleh Daeloniel Mcdelon Bong dari kategori Light Weight (60kg).

Manakala, dua pingat perak disumbang Mohd. Helmi Cheng Mohd. Firdaus Chieng dalam kategori Light Middleweight (71kg) dan Elia Zonia Augustine Ak Peter (Light WelterWeight).

Selain itu, dua pingat gangsa masing-masing disumbang oleh Jackson Chambai Anak Ikeh (Fly Weight/54kg) dan Hellary Anak Hendry (Heavy Weight/92kg).

Presiden Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA), Datuk Rahman Lariwoo menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua petinju terbabit atas kejayaan mereka.

“Syabas dan tahniah kepada semua petinju terbabit atas kejayaan meraih pingat,” ujar Rahman sambil menyifatkan kejayaan itu penanda aras buat petinju terbabit untuk menghadapi temasya dwitahunan negara (Sukma).

SABA pada kejohanan yang berlangsung dari 7 hingga 11 Disember itu menghantar tujuh petinju.

Dua lagi petinju ialah Muhammad Syawal Mohamad Isham (Bantam Weight 54kg) dan Christyuden ak Ripoh (Welter Weight 67kg).

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru