ARTIKEL

Sarawak raih RM14.9 bilion hasil kutipan SST petroleum

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BETONG: Kerajaan Sarawak memperoleh kutipan Cukai Jualan Negeri (SST) berjumlah RM14.9 bilion setakat 6 Oktober 2023 daripada hasil jualan produk petroleum sejak ia diperkenalkan pada 2019.

Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ia merupakan antara pencapaian Kerajaan Sarawak dalam usaha membangunkan negeri ini bagi tempoh 60 tahun, sekali gus menjadikan Sarawak wilayah di Malaysia yang maju, aman dan makmur.

“Kini, Sarawak berhak melaksanakan kutipan lima peratus cukai jualan untuk petroleum dan gas sejak 2019 yang sememangnya bukan perkara mudah untuk mencapai kejayaan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan alu-aluan Majlis Perasmian Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) 2023 Zon Betong yang disempurnakan oleh Premier merangkap Presiden Parti PBB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini, hari ini.

Mengulas lanjut kata Uggah, Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan Petronas tidak bersetuju dengan cadangan Premier sebelum ini, namun dengan tegas dan berani beliau membawa perkara itu ke mahkamah sehingga Sarawak menang dalam kes berkenaan.

“Maka dari 2019, Sarawak berhak mengutip SST untuk Petroleum dan Gas bagi menambahkan pendapatan Sarawak dan jumlah kutipan SST dari tahun 2019 sehingga 6 Oktober 2023 adalah RM14.9 bilion,” katanya sambil menambah kadar kemiskinan di Sarawak telah menurun daripada 56.5 peratus pada 1976 ke 10 peratus pada tahun lepas.
 
Malah katanya, Bank Dunia turut mengiktiraf Sarawak sebagai wilayah berpendapatan tinggi jelas menunjukkan kejayaan pelbagai program pembangunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) diterajui oleh PBB.

“Ini membuktikan Premier (Abang Johari) kita menepati janji dan bukan sekadar ‘air liur’. Projek yang dibangunkan pasti meningkatkan lagi kualiti kehidupan rakyat di 14 cawangan PBB di Zon Betong,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

Berita yang menyedihkan – Datuk Sim Kiang Chiok

KUCHING : Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching Datuk Sim Kiang Chiok, menyifatkan pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib

Suasana hiba di kediaman Tun Taib

KUCHING: Suasana hiba dan sayu menyelubungi persekitaran kediaman Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, petang ini. Keadaan cuaca mendung turut seakan-akan turut berduka dengan

BERITA TERBARU

Berita yang menyedihkan – Datuk Sim Kiang Chiok

KUCHING : Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching Datuk Sim Kiang Chiok, menyifatkan pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib

Projek ART Johor bechuntoka pemujur Sarawak

KUCHING: Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) di Sarawak deka nyadi malin ungkup projek ART ti deka dipejalai di nengeri Johor. Perintah Nengeri Johor benung ngelanggur